web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Prihatin Nasib Penjawat Awam, CEUPACS Pertikai Program LPPSA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 8:55AM

CUEPACS sifatkan pengumuman Program LPPSA i-Prihatin sebagai amat mengecewakan dan seolah-olah membayangkan LPPSA hanya memekakkan telinga dengan rintihan pihaknya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperkenalkan Program LPPSA i-Prihatin menerima pertikaian, apabila dianggap tidak mencerminkan keprihatinan dan solidariti untuk membantu rakyat terkesan COVID-19.

Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), pengumuman Program LPPSA i-Prihatin itu amat mengecewakan apabila ia seolah-olah membayangkan LPPSA hanya memekakkan telinga dengan rintihan berhubung pemberian morotarium pinjaman perumahan awam yang dibangkitkan sebelum ini.

Presidennya, Adnan Mat, berkata, Program LPPSA i-Prihatin adalah kerjasama antara LPPSA dan syarikat insurans bermula hari ini yang menawarkan perlindungan tambahan kemalangan diri berkelompok dengan kadar bayaran premium sebanyak RM100 setahun.

"CUEPACS tidak faham mengapa agensi kerajaan seperti LPPSA masih mahu mencari keuntungan ketika kebanyakan rakyat terkesan dengan pandemik ini.

"Walaupun Program LPPSA i-Prihatin menawarkan perlindungan tambahan, CUEPACS merasakan program yang kononnya 'prihatin' tetapi tetap mengenakan bayaran langsung ini, tidak mencerminkan keprihatinan LPPSA membantu rakyat terkesan," katanya, semalam.

Adnan berkata, program itu menjadi pertikaian kerana semua pembiayaan perumahan diluluskan LPPSA sudah dikenakan caj insurans yang agak tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

"Mengapa perlu menjual perlindungan tambahan sekiranya caj boleh dimasukkan dalam perlindungan insurans sedia ada.

"Sebelum ini ramai penjawat awam bising mengenai caj insurans pembiayaan perumahan LPPSA tinggi dan membebankan penjawat awam, malah isu terbabit tiada penyelesaian yang baik sehingga kini," katanya.

Beliau berkata, LPPSA seharusnya perlu memainkan peranan sebagai badan yang menguruskan pinjaman perumahan penjawat awam dengan lebih baik, murah dan tidak mengenakan caj insurans membebankan.

Tindakan LPPSA memperkenalkan Program LPPSA i-Prihatin jelas beliau lagi, seolah membayangkan mereka mahu mengambil keuntungan secara berselindung daripada penjawat awam.

Jelasnya, tindakan itu tidak dilihat sebagai usaha mahu mengurangkan bebanan penjawat awam, sebaliknya membantu syarikat insurans melakukan jualan.

"Bagi makluman semua, perlindungan kemalangan diri boleh diperoleh lebih murah di pasaran.

“LPPSA sepatutnya mengutamakan perkara pokok yang diperlukan penjawat awam ketika ini seperti disarankan CUEPACS sebelumnya, iaitu pemberian moratorium pinjaman,” tegas beliau.

Adnan berkata, LPPSA perlu menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam, sama seperti dilaksanakan institusi kewangan di bawah selian Bank Negara.

“LPPSA harus ingat dalam situasi COVID-19, penjawat awam turut berdepan kesukaran ekonomi, memandangkan tidak semua pasangan mereka bekerja dalam sektor kerajaan, malah dianggarkan lebih 50 peratus pasangan mereka bekerja dalam sektor swasta, berniaga secara kecil-kecilan atau suri rumah sepenuh masa.

"Ada dalam kalangan mereka kehilangan kerja, terjejas pendapatan dan tidak lagi boleh berniaga berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berterusan sejak tahun lalu,” katanya.

Beliau menarik perhatian, penjawat awam terpaksa melunaskan bayaran kepada LPPSA pada ketika rumah masih dalam pembinaan, terbengkalai, atau masih belum menerima kunci, sedangkan pada masa sama, terpaksa menanggung beban sewa yang amat tinggi.

"Daripada memperkenalkan Program LPPSA i-Prihatin yang hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu, lebih baik LPPSA mempertimbangkan pemberian moratorium kepada penjawat awam," katanya. – Getaran, 10 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad