web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kilang Diarah Tutup, Tidak Patuh SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 8:31AM

MPS telah mengarahkan sebuah kilang di Kuang ditutup dalam operasi pematuhan SOP yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi. - Gambar dari Facebook Majlis Perbandaran Selayang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan sebuah kilang di Kuang dekat sini ditutup  kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah.

MPS dalam kenyataan memaklumkan kilang tersebut dikesan ketika operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi termasuk Polis Diraja Malaysia. 

Menurut kenyataan itu, dalam operasi yang turut disertai Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak; Jabatan Kesihatan Negeri Selangor; Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pihak polis turut menahan 10 pekerja asing dengan permit kerja yang telah tamat tempoh. 

"Operasi ini turut membuat pemeriksaan ke atas tiga asrama pekerja di sekitar Villa Putra serta Kuang di Sungai Buloh dan kesemuanya mematuhi SOP yang telah digariskan," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, MPS telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan setiap hari sejak 5 Julai di seluruh kawasan pentadbirannya termasuk pasar awam, kilang perindustrian, bengkel kenderaan, kawasan awam, premis perniagaan, penjaja dan badan pengurusan.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 536 premis dan tiga penjaja dilawat dan 132 premis diperiksa.

"MPS mengeluarkan 34 notis, 12 kompaun dan 23 premis diarahkan tutup sementara, manakala 57 amaran lisan diberikan kepada peniaga untuk mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," menurut kenyataan itu yang menegaskan MPS akan terus melakukan pemantauan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan