web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Greater Klang Valley Mantapkan Kesiapsiagaan Tangani COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 11:21AM

Dr. Adham Baba - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pasukan Bertindak Khas "Greater Klang Valley" diwujudkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memantapkan tahap kesiapsiagaan sistem kesihatan di Lembah Klang dalam mengurus pandemik COVID-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pasukan khas yang mula beroperasi Khamis lepas dan diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong itu berperanan untuk menangani segera situasi semasa di Selangor dan Kuala Lumpur serta kawasan bersempadan, terutama dalam isu kekurangan katil dan sumber manusia.

"Walaupun dipanggil 'Greater Klang Valley', kita akan masukkan juga kawasan selatan Perak, barat Pahang dan utara Negeri Sembilan dan di situ (di setiap kawasan tersebut) terdapat pusat arahan yang akan menyalurkan maklumat pada pasukan bertindak khas itu,” katanya pada sidang media khas berhubung langkah kesiapsiagaan dan strategi KKM mengurus pandemik di Lembah Klang, di sini hari ini.

Susulan pelantikan Dr Chong untuk mengetuai pasukan bertindak itu, Dr Adham berkata peranan beliau dalam Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) akan diganti oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

Katanya, pasukan bertindak itu akan memastikan kesiapsiagaan semua hospital KKM dan operasi perkhidmatan swasta yang terlibat dalam rawatan COVID-19, bagi mengurus pandemik itu secara holistik dan  sebaiknya.

Selain itu, Dr Adham berkata pasukan itu juga bertanggungjawab dalam membuat persiapan rapi bagi menghadapi tempoh tamat Ordinan Darurat, pada 1 Ogos ini.

Ini berikutan, KKM ketika ini menggunakan pelbagai fasiliti milik agensi dan kementerian dalam tempoh pelaksanaan ordinan dan apabila tempoh darurat tamat, kemudahan itu perlu dipulangkan kepada pihak terbabit.

Beliau memberi contoh Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, yang kini digunakan untuk merawat pesakit COVID-19, perlu kepada rundingan semula supaya hospital itu boleh terus digunakan selepas Ordinan Darurat tamat.

Sementara itu, Dr Chong berkata pasukan itu menumpukan usaha mengekang penularan COVID-19 di kawasan Lembah Klang serta kawasan bersempadan kerana mengambil kira pergerakan orang ramai.

“Berikutan peningkatan kes, terdapat keperluan mendesak untuk memastikan keperluan seperti katil, peralatan, sumber manusia dan yang berkaitan dengan pengurusan kes mencukupi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad