web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gudang Shopee Di Shah Alam Ditutup Sementara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 8:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gudang Shopee di Shah Alam, Selangor, akan ditutup sementara bagi membolehkan penggiat e-dagang itu melaksanakan langkah prosedur operasi standard (SOP) tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam kenyataannya hari ini, Shopee berkata pihak KKM telah mencadangkan supaya langkah berkenaan dijalankan di gudang berkenaan semalam berikutan lokasi Shah Alam dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ini tiada kaitan dengan dakwaan berlakunya kes jangkitan COVID-19 dan pemeriksaan tersebut adalah berbeza daripada yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 3 Julai lepas.

“Panduan yang diberikan itu amat membantu dan gudang kami akan ditutup sementara bagi melaksanakan SOP tambahan berkenaan dengan seberapa segera,” katanya.

Shopee berkata platform e-dagang itu masih beroperasi seperti biasa manakala usaha penghantaran oleh Shopee Express dan rakan penghantar lain juga tidak terjejas.

“Beberapa kelewatan mungkin berlaku dan ini hanya melibatkan penghantaran menerusi gudang kami yang hanya merupakan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan.

“Mana-mana pembeli yang terjejas akan menerima makluman menerusi ruang notifikasi dalam akaun Shopee masing-masing,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad