web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Litar Pintas Empangan Murum, Kuching dan Bintulu Bergelap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 8:27AM

Empangan Murum - Gambar Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Beberapa lokasi di Sarawak bergelap tiba-tiba apabila bekalan elektrik terputus sekitar jam 9.30 malam tadi.

Insiden itu dikesan berlaku di beberapa kawasan di Kuching dan Sebauh, Bintulu, lapor The Vibes.

Semakan bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) mendapati, gangguan berkenaan berpunca daripada gangguan litar pintas berganda di punca kuasa utama berhampiran Empangan Murum di daerah Belaga.

Menurut SEB, ia berlaku akibat litar pintas di jajaran kuasa 275kV Murum.

SEB dalam satu kenyataan di Twitter memberitahu, kerosakan yang dikesan pada kabel bawah tanah di Lundu mungkin diakibatkan oleh kerja menggerudi kontraktor pihak ketiga.

Ia memberi kesan kepada Teluk Melano, Teluk Serabang dan kawasan sekitar dengan kerja-kerja baik pulih dijangka siap sepenuhnya menjelang tengah malam.

SEB dalam satu kenyataan memberitahu, litar pintas berganda itu sudah dikenal pasti dan proses penyambungan elektrik berjalan lancar sejak jam 10.30 malam.

“Gangguan di laluan kuasa Murum sudah diatasi dan bekalan elektrik disambung semula,” kata SEB.

Mereka turut menafikan kejadian itu menjejaskan keseluruhan Sarawak kerana ia hanya memberi kesan kepada sejumlah kecil lokasi.

Bekalan elektrik di Kuching dan Miri disahkan pulih sepenuhnya pada jam 10.30 malam tadi. - Getaran, 11 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad