web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksinasi Lepasi Kadar Purata Dunia, Malaysia Di Landasan Tepat Capai Imuniti Kelompok - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 8:56PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemajuan kadar vaksinasi harian di Malaysia yang kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia, memberi gambaran Malaysia berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkembangan itu membolehkan negara mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat dan seterusnya dapat kembali kepada kehidupan normal seperti sedia kala.

“Vaksinasi harian (Malaysia) juga kebelakangan ini mencatat sejumlah 250,000 dos suntikan sehari secara konsisten, dan disasarkan 300,000 dos suntikan sehari, mulai bulan ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Semalam 324,745 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos.

Beliau turut mengingatkan masyarakat, agar terus meningkatkan kawalan kendiri atau 'self lockdown' dengan duduk di rumah dan hanya keluar jika terdapat keperluan, serta patuhi SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti.

Ismail Sabri berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Jawatankuasa Teknikal COVID-19 dalam sidang media baru-baru ini telah mengeluarkan analisis dapatan data terkini perkembangan kes COVID-19 di seluruh dunia.

“Di Afrika, kadar peningkatan kes jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada 16.7 peratus, manakala di kawasan timur Mediterranean pula mencatatkan 16.4 peratus.

“Analisis negara-negara di Eropah juga telah merekodkan sebanyak 33 peratus kadar peningkatan jangkitan dan 8.6 peratus di bahagian Asia Tenggara,” katanya.

Peningkatan kadar jangkitan itu disebabkan beberapa faktor utama, antaranya penemuan varian-varian baharu yang mempunyai impak lebih serius ke atas individu serta menular dengan lebih cepat berbanding jangkitan biasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

3

Rencana 6 bulan yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan