web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Vaksin Tak Lengkap Dos, Sila Buat Laporan - Pakar Virologi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 6:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerima vaksin tanpa dos yang lengkap akan menyebabkan penerima tidak berupaya menghasilkan imuniti terhadap bahan vaksin tersebut.

Pakar Virologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazlina Ibrahim berkata, insiden membabitkan penerima yang tidak menerima dos vaksin sepatutnya baru-baru ini tidak seharusnya berlaku.

Menurut beliau, semua petugas tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) khas dalam semua proses pemberian vaksin di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) yang perlu dipatuhi sepenuhnya.

“Penerima vaksin berhak membuat aduan di saluran yang sepatutnya sekiranya mendapati mereka tidak diberikan dos suntikan yang mencukupi.

“Jadi nasihat saya, sekiranya penerima memiliki bukti kes seperti ini berlaku kepada mereka, sila buat laporan kepada Badan Bertindak Imunsasi COVID-19 (CITF), serta boleh juga membuat aduan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Baru-baru ini beberapa video yang memaparkan penerima vaksin disuntik dengan picagari kosong tular di media sosial, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai, apatah lagi dengan peningkatan jangkitan harian COVID-19.

Ia turut diakui seorang penerima, yang meneliti semula rakaman video ketika mengambil suntikan vaksin AstraZeneca di sebuah PPV 19 Mei lalu.

Penerima terbabit, Anoogrehan Manoharan, seorang pegawai pemasaran diberi semula vaksin berkenaan setelah BP Healthcare meneliti aduannya mengenai perkara itu.

Seorang lagi penerima vaksin, Danial Abrar Bestari Abrar, yang mendapat suntikan vaksin pada hari yang sama juga membuat aduan serupa mengenai kekurangan dos sebelum diberi suntikan tambahan.

Susulan insiden, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan petugas menunjukkan picagari yang telah diisi dengan vaksin COVID-19 mengikut kuantiti ditetapkan kepada penerima sebelum melakukan suntikan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, penambahbaikan SOP itu susulan dakwaan penerima disuntik dos vaksin AstraZeneca yang kurang daripada sepatutnya. - Getaran, 12 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad