web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penerima Vaksin PPV IDCC Perlu Jalani Kuarantin Kendiri - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 12:41PM

Seorang warga emas bergambar selepas menerima vaksin COVID-19 di PPV IDCC pada bulan lepas. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerima vaksin yang hadir ke Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 9 hingga 12 Julai lalu disarankan untuk menjalankan kuarantin kendiri selama 10 hari.

Ia susulan pengesahan 204 petugas di PPV berkenaan positif COVID-19 dalam ujian saringan beramai-ramai yang dilakukan pada 10 Julai lalu.

Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, berkata tindakan berkenaan disarankan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kita dapati bahawa pendedahan mungkin berlaku pada 9 Julai, justeru bagi mereka yang hadir pada 9, 10, 11 dan 12 Julai, dinasihatkan untuk melaksanakan kawalan kendiri  dan memantau sebarang gejala bagi tempoh 10 hari dari tarikh vaksinasi.

“Jika ada gejala seperti hilang deria rasa, bau dan demam, anda disaran untuk membuat ujian saringan COVID-19,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, PPV IDCC diarahkan tutup selama sehari bagi membolehkan proses sanitasi dan pertukaran petugas yang akan memulakan tugas esok.

Beliau turut mengeluarkan arahan untuk ujian saringan secara besar-besaran dijalankan sebaik mendapat laporan berhubung dua sukarelawan yang disahkan positif virus berkenaan.

“Hasil ujian saringan yang dijalankan pada 10 Julai lalu mendapati seramai 204 orang petugas didapati positif namun keputusan RT PCR menunjukkan kandungan virus mereka sangat rendah iaitu 35.

“Justeru, penerima vaksin yang ada janji temu hari ini akan mendapat mesej pesanan ringkas (SMS) berhubung tarikh baharu janji temu mereka,” katanya.

Khairy memaklumkan, semua penerima sudah menerima tarikh baharu janji temu masing-masing.

“Seramai 88 peratus atau 400 petugas PPV IDCC sudah pun divaksin manakala selebihnya masih menanti giliran masing-masing,” katanya. - Getaran, 13 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Warga Asing Maut, Kereta Rempuh ‘Water Barrier’

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad