web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 12:50PM

Mangsa yang ketika kejadian sedang tidur ditinggalkan dalam kereta, manakala enjin kenderaan itu turut dimatikan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kealpaan seorang ibu menyebabkan nyawa anaknya tergadai, apabila kanak-kanak malang itu meninggal dunia setelah ditinggalkan dalam kereta.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang berusia lima tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta yang diparkir di bahagian pintu belakang Hospital Shah Alam, di sini.

Menurut beliau, mangsa terlebih dahulu ditinggalkan ibunya selepas diambil dari taska berhampiran lokasi kejadian.

“Laporan kejadian ini diterima polis pada jam 8.01 malam 30 Januari lalu, yang dibuat seorang pegawai perubatan hospital berkenaan.

“Siasatan mendapati, mangsa yang sedang tidur ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya, manakala enjin kereta turut dimatikan,” katanya.

Jelas Mohd Iqbal, ibu mangsa hanya menyedari kejadian berkenaan selepas menerima panggilan daripada suaminya.

“Kanak-kanak terbabit dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital sama, tetapi disahkan telah meninggal dunia walaupun usaha menyelamat dilakukan sedaya upaya.

“Bedah siasat telah dijalankan pada jam 2 petang semalam tetapi keputusannya masih belum diketahui,” katanya.

Beliau memberitahu, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan luaran atau dalaman dikesan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mohd Iqbal memberi ingatan, orang ramai perlu berhati-hati semasa mengambil anak masing-masing pulang dari sekolah atau taska, terutamanya yang masih kecil.

“Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Inspektor Syer Aidid di talian 013 654 4996,” katanya. - Getaran, 1 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 55 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 20 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki