web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Doktor Kontrak Raih Sokongan, #CodeBlackMY Terima Penyertaan Ramai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 5:50PM

Dr Maszlee menunjukkan sokongannya kepada kempen ‘Code Black’. - Gambar dari Twitter Dr Maszlee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hartal Doktor Kontrak yang bergerak menggunakan kempen Code Black berjaya meraih sokongan majoriti pengamal perubatan, termasuk pakar kesihatan.

Ia juga berhasil menarik perhatian pihak berkaitan, termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang memberi jaminan akan membentangkan isu tersebut ke mesyuarat kabinet Rabu ini.

Menurut beliau, langkah itu diharapkan mampu membawa penyelesaian segera yang akan berupaya memberi manfaat kepada semua pihak terlibat.

Kemelut berlegar luas di media sosial ini juga tidak terlepas daripada menerima reaksi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan, ketetapan mengenainya akan diputuskan dalam masa seminggu.

Meskipun Malaysia ketika ini dilatari pelbagai isu, Code Black ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila sokongan terhadap kempen terbabit diterima setiap hari, mencakupi pelbagai lapisan masyarakat.

Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik adalah antara yang dilihat aktif memperjuangan Hartal Doktor Kontrak di media sosial, khususnya Twitter.

Dalam satu ciapan semalam, beliau memuat naik sekeping gambar hitam putih, memaparkan dirinya mengenakan sehelai baju-t berwarna hitam, sebagai simbolik kempen tersebut.

Ratusan gambar serupa turut dimuat naik semalam, sempena seruan Black Monday yang dihebahkan sebelum ini, khusus menyatakan sokongan secara terbuka kepada golongan terbabit.

Susulan sokongan, tanda pagar #CodeBlackMY, #saveMYcontractHCW dan #BlackMondayMY turut trending sebagai tanda solidariti terhadap nasib doktor kontrak ini.

“Berikan sokongan kepada pekerja perubatan doktor kontrak,” kata seorang pengguna, Iffah Ismail menerusi satu ciapan.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nik Hudan pula meluahkan rasa terharu apabila melihat kempen berkenaan menerima sokongan ramai, termasuk dari bukan pengamal perubatan.

“Semalam rasa terharu melihat doktor senior tetap menyokong #BlackMondayMY.

“Ini membuatkan saya terfikir, berapa ramai pula ahli farmasi senior yang berpendirian sama,” katanya.

Terbaru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan membincangkan isu itu dengan jemaah menteri bagi membolehkan satu penyelesaian menyeluruh diwujudkan.

Beliau berkata, perkara itu perlu diperhalusi dengan teliti, memandangkan ia membabitkan kos lebih RM2 bilion.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyeru sokongan orang ramai terhadap kempen berkenaan, bertujuan membela nasib kumpulan doktor tersebut yang masa depan mereka masih terumbang-ambing kerana status kontrak itu.

Protes tersebut yang dimulakan 1 Julai lalu turut mengajak orang ramai menyatakan sokongan masing-masing, dengan berpakaian hitam semalam.

Kumpulan doktor kontrak itu juga dijemput berkongsi pengalaman masing-masing tanpa perlu menyatakan identiti mereka melalui satu penstriman langsung, anjuran Projek Bangsa Malaysia di YouTube, 9 Julai lalu. - Getaran, 13 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Surat Terbuka Daripada MMA Kepada Ahli-Ahli Parlimen

2

Politik 7 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

3

Politik 10 bulan yang lalu

PDRM, SPRM Sedia Siasat Laporan Wujud Unsur Habuan, Ugutan Sokongan Kepada PM

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bintang Tinju MMA Amber Leibrock Peluk Islam, Percaya Islam Beri Ketenangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan