web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peguam ‘Terlampau Tidak Kompeten’, Lelaki Yaman Terlepas Tali Gantung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 8:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki warga Yaman semalam terlepas daripada tali gantung kerana mengedar 1.8 kilogram metamfetamin apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan agar kes itu dibicarakan semula.

Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp oleh peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Yahya Hussein Mohsen Abdulrab, 31.

Rahmat berkata panel tiga anggota yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu sebulat suara bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa peguam sebelum ini “adalah terlampau tidak kompeten.”

“Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan berpendapat Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memerintahkan kes itu dibicarakan semula dan bukannya tertuduh dibebaskan. Selepas mendapati perayu (Yahya Husein) dinafikan haknya untuk mendapat perbicaraan yang adil secara konstitusional, perintah yang tepat ialah dia sepatutnya dibebaskan.

“Penafian hak sedemikian dengan sendirinya sudah mewajarkan pembebasan tertuduh.

“Berdasarkan merit kes ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bukti tambahan juga menunjukkan terdapat keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan,” kata peguam itu sambil menambah mahkamah kemudian memerintahkan agar perayu dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Nallini Pathmanathan.

Rahmat juga berkata perayu telah berada dalam tahanan lebih lapan tahun dan mahkamah berpendapat bahawa adalah tidak adil untuk memerintahkan kes itu dibicarakan semula kerana ini akan menyebabkan Yahya Hussein terpaksa meringkuk lebih lama di dalam penjara.

Pada 2014, Yahya Hussein dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas dia didapati bersalah mengedar 1.8 kilogram metamfetamin di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Tawau pada kira-kira 11 pagi 25 Julai 2013 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman itu dan memerintahkan kes tersebut dibicarakan semula selepas memutuskan Yahya Hussein telah dinafikan haknya untuk mendapat perbicaraan secara adil akibat ‘ketidakcekapan peguam’ yang mewakilinya.

Yahya Hussein kemudian merayu kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan perintah agar dia dilepas dan dibebaskan.

Yahya Hussein turut diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Wan Aizuddin Wan Mohammed manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad