web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Ibu Bertarung Nyawa, Bayi Pergi Dijemput Ilahi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 2:14PM

Petugas mengebumikan bayi yang baru berusia 9 bulan. - Gambar dari Twitter JAWI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Si ibu masih bertarung nyawa di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU), namun zuriat tersayang sudah ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 38 minggu di dalam kandungan ibunya akibat jangkitan COVID-19.

Kisah pilu itu dikongsikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu hantaran di laman Twitternya semalam.

“Ya Allah, sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima jenazah COVID-19 termuda.

“Janin bayi lelaki berusia 38 minggu itu ditanam di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh. Difahamkan ibunya kini masih bertarung nyawa di ICU,” kata jabatan berkenaan.

Mereka memaklumkan, ayah bayi terbabit kini sedang menjalani kuarantin di rumah bersama lapan lagi anaknya.

“Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga.

“InsyaAllah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak,” katanya.

Berdasarkan statistik dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, jangkitan COVID-19 memecah rekod semalam, apabila mencatatkan 11,079 kes Covid-19, iaitu jumlah tertinggi yang pernah disaksikan setakat ini, sejak negara mula berdepan ancaman virus maut tersebut.

Sejumlah125 kematian lagi dilaporkan, menjadikan bilangan keseluruhan meningkat kepada 6,385. - Getaran, 14 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad