web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hasut Orang Ramai Sokong Hartal Doktor Kontrak, Individu Disiasat Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 7:44PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara memujuk orang ramai menyokong gerakan hartal doktor kontrak, seorang individu berdepan siasatan polis atas cubaan mengapi-apikan orang awam untuk melakukan kesalahan.

Siasatan ke atas individu yang bernama Dr Han @ Gigi Han itu dibuat susulan satu klip videonya mempertikaikan skim pelantikan doktor secara kontrak dalam sektor perkhidmatan awam.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan hari ini.

Menurut beliau, Dr Gigi Han disiasat kerana menyeru orang ramai untuk menukar gambar profil masing-masing kepada warna hitam atau monokrom, memuat naik gambar dan menggunakan tanda pagar #SaveMYcontractHCW, #CodeBlackMY dan #BlackMondayMY pada 12 Julai lalu.

“Tindakan tersebut dinamakan sebagai ‘Code Black’ yang membawa maksud keadaan darurat di hospital akibat ancaman kepada petugas atau ancaman bom di hospital.

“Code Black bertujuan untuk memberi sokongan kepada pegawai perubatan berstatus kontrak yang menuntut untuk diberi keistimewaan sebagaimana pegawai perubatan berstatus tetap,” katanya.

Abdul Jalil berkata, individu berkenaan juga mendakwa sistem yang diamalkan oleh kerajaan boleh menjejaskan kehidupan semua rakyat Malaysia dan perkhidmatan kesihatan selama enam dekad, sejak negara mencapai kemerdekaan.

Siasatan dibuat di bawah dua akta iaitu Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengapi-apikan mana-mana golongan melakukan satu kesalahan terhadap mana-mana golongan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar. - Getaran, 14 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Negara Kian Kehilangan Doktor - Hartal Doktor Kontrak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanyalah ‘Wayang’ Jika Pendapat Doktor Muda Tidak Diambil Kira

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Saya Akan Umum Perkembangan Penting Doktor Kontrak Hari Ini - Khairy

4

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan