web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negara Kian Kehilangan Doktor - Hartal Doktor Kontrak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 2:55PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara semakin kehilangan doktor dalam sektor awam dan keadaan itu dikatakan berlaku dengan pantas, kata Gerakan Hartal Doktor Kontrak.

Jurucakapnya, Dr Muhammad Yassin berkata, terdapat beberapa faktor menyumbang kepada perkembangan tersebut termasuk isu pengagihan doktor yang tidak sekata di beberapa tempat.

Selain itu, beliau menjelaskan, berlaku juga ‘penghijrahan’ beramai-ramai doktor dari Kementerian Kesihatan (KKM) ke sektor swasta sama ada atas alasan kestabilan kerja atau persekitaran pekerjaan yang lebih baik.

“Tidak semua doktor yang ditawar jawatan tetap dan dihantar ke Sabah atau Sarawak akan menerima tawaran tersebut.

“Bukan memilih atau tidak bersyukur tetapi terdapat sebab-sebab lain termasuk isu keluarga.

Ada yang risau perkembangan mereka dalam sesuatu jabatan akan terjejas sebagai contoh, dihantar ke Sabah tetapi diletakkan di klinik pedalaman walaupun mereka hendak buat kepakaran (speciality) yang memerlukan mereka berada di hospital,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, bagi menangani isu kekurangan doktor itu, kerajaan disarankan untuk menyediakan lebih banyak slot tetap kepada golongan doktor kontrak.

“Kerajaan juga perlu memperbaiki persekitaran KKM terutama isu budaya buli dalam kalangan doktor supaya wujud persekitaran kerja yang lebih baik.

“Ini boleh membantu lebih ramai (doktor kontrak) berminat untuk kekal dalam sektor kerajaan,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan turut disarankan untuk mempertambah elaun insentif khas untuk doktor atau petugas kesihatan yang berkhidmat di kawasan pedalaman. - Getaran, 9 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanyalah ‘Wayang’ Jika Pendapat Doktor Muda Tidak Diambil Kira

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Saya Akan Umum Perkembangan Penting Doktor Kontrak Hari Ini - Khairy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Selesai Isu Lantikan Doktor Kontrak Secara Baik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang