web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selesai Isu Lantikan Doktor Kontrak Secara Baik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 8:49PM

Dr Rafidah (depan) bersama doktor-doktor kontrak yang sentiasa bekerja keras membantunya selama ini. - Gambar dari Facebook Dr Rafidah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prihatin nasib doktor kontrak, seorang doktor pakar menggesa kerajaan supaya menyelesaikan isu lantikan tetap mereka ke dalam Kementerian Kesihatan (KKM) secara baik dengan kadar segera.

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah, mengakui jumlah doktor di hospital kerajaan ketika ini masih tidak mencukupi.

“Saya penat dengan budaya cover sana sini. Kalau tak cukup doktor, just give the doctors the job. Permanent posts. Apa yang susah sangat?

“Sebagai contoh, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan menetapkan sasaran nisbah doktor kepada penduduk iaitu 1:400 pada 2025 berbanding 1:450 dalam RMK-11. Bagi 2030, nisbah doktor kepada penduduk yang diunjurkan ialah 1:360 (petikan pelbagai artikel). Obviously tak cukup!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pada masa sama, beliau berharap agar kerajaan menggariskan rancangan masa depan yang lebih jelas kepada golongan tersebut.

“Saya menjangkakan rancangan masa depan yang lebih jelas, sekurang-kurangnya 10 tahun dengan strategi pelaksanaan penuh.

“Beritahu rakyat apa yang cukup, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. For once, take responsibility and accountability,” tegasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan doktor berstatus kontrak daripada dua kepada 10 tahun, di samping menambah lebih banyak perjawatan bagi golongan itu.

Katanya, langkah tersebut dapat menjimatkan masa membabitkan isu pentadbiran yang sedang dihadapi doktor setiap kali mahu memperbaharui kontrak mereka.

Malah beliau berkata, tempoh itu membolehkan doktor kontrak menyambung pengajian mereka dalam bidang kepakaran masing-masing, dan memberi jaminan pekerjaan yang ketika ini menjadi isu paling utama.

“Ramai doktor kontrak akan menghabiskan tempoh kontrak mereka pada hujung tahun ini dan hingga kini, tiada sebarang maklumat diberikan mengenai status kontrak bagi kebanyakan doktor.

“Sudah pasti terdapat ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan mereka jika perkhidmatan kontrak ditamatkan,” katanya hari ini.

Selain itu, kata Dr Kar Chai, pihaknya mencadangkan supaya doktor kontrak layak menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan pihaknya dimaklumkan geran berasingan akan diwujudkan.

Bagaimanapun, katanya, MMA masih menunggu keputusan berkenaan selain mempertimbang untuk memberi Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mereka yang mahu menyertai mana-mana program perubatan diiktiraf.

“Ketika ini kumpulan doktor kontrak tidak dapat memohon HLP atau mana-mana program tajaan tempatan. Walaupun di Parlimen ada mengatakan doktor layak, namun tiada hitam putih daripada JPA.

“Malah ada calon yang berjaya mendapat biasiswa tetapi perlu berhenti berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan untuk mengikuti program sarjana mereka,” katanya.

Baru-baru ini, Gerakan Hartal Doktor Kontrak memaklumkan akan memulakan siri mogok kedua di seluruh negara pada bulan depan akibat masalah lantikan tetap yang masih belum selesai. - Gerakan, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

'KPT Tolonglah, Mereka Mahu Lanjutkan Pelajaran Dalam Jurusan Perubatan' - Dr Nelson

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penggantian Segera Untuk Kekosongan Jawatan Doktor Kontrak

4

Semasa 1 tahun yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang