web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'KPT Tolonglah, Mereka Mahu Lanjutkan Pelajaran Dalam Jurusan Perubatan' - Dr Nelson

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 4:08PM

Dr Nelson Renganathan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan, khususnya Kementerian PendidikanTinggi diminta mempertimbangkan penempatan untuk pelajar cemerlang dari kaum India mengikuti jurusan perubatan, di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Pengerusi Biro Pendidikan MIC, Datuk Dr Nelson Renganathan berkata, bahagian itu dihujani rayuan ratusan pelajar cemerlang India yang melanjutkan pelajaran, tetapi gagal berbuat demikian.

Menurut beliau, majoriti pelajar berkenaan menerima keputusan 4.0 selepas melanjutkan pelajaran dalam aliran Sains di peringkat Matrikulasi.

“Walaupun beroleh keputusan cemerlang, mereka tetap gagal menyambung pengajian dalam jurusan Perubatan.

“Ini amat mengecewakan, apatah lagi ramai antara mereka terdiri daripada golongan B40 yang pastinya tidak berkemampuan untuk memilih institusi pengajian tinggi swasta (IPTS),” katanya kepada Getaran.

Nelson yang juga Ahli Dewan Negara berkata, Biro Pendidikan MIC melihat perkara ini sebagai satu kelompongan yanc perlu diberi perhatian serius, kerana ia melibatkan masa depan generasi muda.

Beliau menarik perhatian, ada dalam kalangan pelajar berkenaan diberikan tawaran untuk mengikuti kursus yang sama sekali tidak menjadi pilihan.

“Ada juga pelajar ditawarkan kursus di luar jangkaan, contohnya kulinari, sedangkan ia tidak ada kena mengena dengan apa dipelajari di peringkat Matrikulasi.

“Kita bercakap mengenai pelajar yang sangat cemerlang di sini, pelajar dengan keputusan 4 flat. Bukan senang nak dapat markah baik ini, perlukan kerja keras berterusan,” katanya, kesal.

Jelas Nelson, beliau faham dengan had kuota bagi jurusan perubatan di IPTA, namun sesuatu perlu dilakukan untuk membantu kesemua pelajar terbabit.

“Apakah peruntunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk membantu mereka?

“Saya amat berharap Perdana Menteri dapat membantu semua pelajar ini. Bantulah untuk melanjutkan pelajaran, tambahan negara juga sememangnya memerlukan barisan doktor pelapis,” katanya. - Getaran, 19 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

4

Politik 5 bulan yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki