web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 6:32PM

Kajian itu akan mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan selepas tahun 2016 dan keperluan kesihatan rakyat. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan kajian baharu tahun ini, bagi menyemak semula keperluan sebenar negara dalam pelbagai kategori tenaga kerja berkaitan kesihatan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, kajian itu selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Katanya, kajian itu akan mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan selepas tahun 2016 dan keperluan kesihatan rakyat.

“Dengan ini, taburan dan keperluan anggota kesihatan untuk seluruh negara dapat dipetakan serta diunjurkan secara jelas.

“Kajian ini juga akan menjadi evidence-base (bukti asas) ke arah penyediaan pelan implimentasi bagi strategi di dalam Kertas Putih Kesihatan.

“Pelan jangka panjang ini adalah untuk memastikan penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KKM akan terus berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bagi memastikan dasar dan perancangan kesihatan yang dirangka adalah bertepatan keperluan rakyat.

Menurutnya, tenaga kerja kesihatan memainkan peranan penting dalam memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk rakyat di negara ini.

Dr Zaliha berkata, perancangan tenaga kerja kesihatan secara efektif, harus mengambil kira keperluan dinamik membabitkan bidang itu akibat pertambahan penduduk, penuaan masyarakat, peningkatan beban penyakit dan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana kesihatan.

“Sekiranya berlaku kekurangan tenaga kerja kesihatan, ia berpotensi menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan serta menimbulkan beban kerja berlebihan kepada pekerja kesihatan sedia ada.

“Oleh itu, KKM memberi penekanan terhadap perancangan sumber manusia yang holistik dan strategik, bagi memastikan bekalan pekerja kesihatan adalah mencukupi,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan JPA menghentikan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi seperti diumumkan sebelum ini, Dr Zaliha berkata, ia adalah dasar lalu berpandukan dapatan kajian Supply and Needs-Based Requirement Projections of Malaysian Human Resources for Health Using System Dynamics Approach 2016-2030 dijalankan KKM.

“Kajian ini dikatakan menunjukkan unjuran bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran (oversupply) mulai tahun 2026 hingga 2030.

“Bagaimanapun, kajian ini berdasarkan data dari tahun 2008 hingga 2015 dan kurang menggambarkan situasi semasa,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, unjuran tenaga kerja kesihatan boleh ditambahbaik dengan mengambil kira perubahan dasar kerajaan yang berlaku selepas 2015, keperluan kesihatan pasca COVID-19, perubahan beban penyakit, perkembangan teknologi perubatan dan keperluan perkhidmatan mengikut bidang kepakaran di sektor awam serta swasta.

“Justeru, KKM menyambut baik keputusan Perdana Menteri untuk meneruskan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi,” katanya.

Pada 10 Jun lalu, kerajaan mengumumkan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi, berikutan kajian KKM mendapati bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan, pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420, malah ia boleh mencapai nisbah 1:400 pada 2025.

Ujarnya, bekalan pegawai perubatan pada tahun 2021 yang dicatatkan adalah 72,812, berbanding permintaan, iaitu berjumlah 70,721.

“Bekalan pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan memenuhi keperluan permintaan masing-masing pada tahun 2025 dan 2029.

“Dalam hal ini, pelajar dalam tanggungan JPA tetap akan ditaja sehingga tahun 2027,” katanya sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saifulruddon Wan Jan ketika jawapan lisan Dewan Rakyat, berhubung alasan kenapa kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Justeru, kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan, penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan.

Anwar berkata, beliau sudah mengadakan perjumpaan khas bersama JPA dan membincangkan isu berkenaan.

“Sejak itu, minggu lalu, saya adakan perjumpaan khas dengan JPA, mereka katakan ia adalah dasar sedia ada yang lalu.

“Saya minta dikaji semula berdasarkan unjuran kita, keperluan sektor perubatan pergigian dan farmasi masih ada, maknanya program biasiswa JPA untuk sektor ini akan diteruskan,” katanya. – Getaran, 13 Jun 2023

-ends-

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka