web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10,000 Penggiat Industri Pelancongan 5 Pulau Terengganu Bakal Terima Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 6:59PM

Seorang warga asing menerima suntikan vaksin dalam Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Pulau Kapas hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Sekitar 10,000 penggiat industri pelancongan di lima pulau peranginan di Terengganu dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 masing-masing sebelum awal Oktober depan.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata lima lokasi tersebut ialah Pulau Kapas, Redang, Perhentian dan Tenggol.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri  turut memberi keutamaan kepada pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

"Antara strategi Jabatan Kesihatan Negeri (JKNT) adalah dengan mengutamakan lokasi pelancongan yang terdiri daripada pengusaha resort dan operator bot memandangkan ia adalah tempat tumpuan.

"Kita sudah merancang untuk bermula di Pulau Kapas disusuli Pulau Redang, seramai 2,000 penerima minggu depan," katanya kepada media di sini.

Jelas beliau, suntikan vaksin perlu disegerakan sebelum ketibaan monsun yang dijangka melanda Pantai Timur, hujung tahun ini.

Dr. Nor Azimi berkata, 60 individu telah menerima suntikan vaksin di Pulau Kapas termasuk 14 warga asing hari ini.

Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Pulau Kapas itu adalah siri pertama jelajah yang melibatkan gugusan pulau utama negeri itu. – Getaran, 15 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan