web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah Pengedar Dadah, ASP, 3 Anggota Dibebas Dengan Jaminan SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 9:16PM

4 anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat ASP dibebaskan selepas ditahan reman bagi membantu siasatan kes rasuah di Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan tiga anggota, yang sebelum ini direman untuk siasatan satu jenayah rasuah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Kesemua mereka direman untuk siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, berhubung kes rasuah berjumlah RM200,000 daripada sepasang suami isteri yang juga pengedar dadah.

Pegawai kanan terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas itu direman selama tujuh hari, manakala tiga anggota berpangkat Lans Koperal dan Sarjan masing-masing ditahan empat hari bermula Isnin lalu, juga untuk siasatan kes sama.

Kesemua tertuduh berusia antara 48 hingga 28 tahun.

Perintah jaminan itu, yang membenarkan masing-masing dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang, dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Rusli Ahmad di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pegawai polis berpangkat ASP direman bermula Jumaat lalu selepas dipercayai menerima suapan daripada pasangan pengedar dadah.

SPRM turut menahan seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes.

Susulan kes, tiga anggota polis pula direman pada Isnin, bagi membantu siasatan kes yang sama. – Getaran, 15 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad