web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Muhammad V Titah Rakyat Tidak Rentas Negeri, Sambut Aidiladha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 8:30AM

Panggilan video akan menjadi pilihan pada Hari Raya Aidiladha ini memandangkan kes COVID-19 masih tinggi di negara ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sultan Muhammad V menitahkan supaya rakyat Kelantan kekal mematuhi arahan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang masih berjalan dan tidak merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata baginda bertitah, tidak berjumpa dengan ibu bapa dalam pandemik bukan bermakna tidak menyayangi mereka sebaliknya ini adalah pilihan yang lebih bertanggungjawab demi melindungi keluarga masing-masing. 

"Apabila kita tidak berjumpa dengan mereka, kita tidak mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan virus COVID-19 yang kini mempunyai mutasi yang semakin ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.

"Dengan kes positif di negeri Kelantan yang masih berada di paras tiga angka, rakyat hendaklah sentiasa berwaspada dan tidak alpa dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti sentiasa memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan sosial, dan menjaga kebersihan diri supaya tidak dijangkiti virus COVID-19," menurutnya dalam kenyataan semalam.

Nik Mohd Shafriman berkata Sultan Muhammad V turut menitahkan berikutan kes di dalam negara yang menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan sehingga 13,215 kes hari ini, baginda turut menasihatkan supaya status pembukaan masjid-masjid dikekalkan seperti ketetapan yang sedia ada.

Beliau berkata baginda menyeru supaya rakyat mengambil iktibar dari kluster-kluster masjid yang berlaku sebelum ini kerana virus ini tidak mengenal orang, tempat dan waktu.

"Antara ajaran Rasulullah apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit adalah pencegahan. Adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri dari tempat-tempat awam, termasuk masjid, agar orang yang sihat tidak dijangkiti.

"Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud 'Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat'," katanya.

Beliau berkata Sultan Muhammad V menyeru seluruh rakyat agar bersabar dalam menempuhi kesukaran ini dan bersama-sama berganding bahu memainkan peranan masing-masing dalam membantu meringankan beban petugas-petugas kesihatan yang sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu pesakit di seluruh negara.

"Baginda juga mengajak semua rakyat terus berdoa supaya kes yang mencanak naik ini dapat dilandaikan dan imuniti kelompok akan berjaya dicapai secepat mungkin," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad