web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ingkar Kuarantin, Polis Buru 3 Individu Gelang Merah Jambu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 11:48AM

Selain gelang merah jambu, terdapat warna lain iaitu putih, biru, merah atau kuning untuk kuarantin dan ia mempunyai fungsi masing-masing. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu tiga individu termasuk seorang wanita yang memakai gelang merah jambu selepas disyaki melanggar arahan kuarantin dengan mengunjungi sebuah farmasi di Puchong Perdana, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Abd Khalid Othman, berkata pihaknya mengesan satu video tular di laman sosial Facebook ‘Warga Puchong’ yang memaparkan tiga individu memakai gelang merah jambu berada di depan sebuah farmasi.

Katanya, hasil siasatan terhadap penyelia farmasi terbabit mendapati, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu sekitar jam 11.20 pagi.

“Terdapat seorang lelaki telah masuk ke farmasi tanpa mengimbas aplikasi MySejahtera dan memakai gelang merah jambu untuk membeli ubat manakala seorang lagi lelaki dan wanita menunggu di luar premis.

“Lelaki terbabit kemudian beredar tanpa membuat sebarang pembelian setelah dimarahi dan diarahkan keluar oleh pekerja farmasi,” katanya hari ini.

Gelang merah jambu menunjukkan individu terbabit dikuarantin. - Gambar dari Twitter KKM
Gelang merah jambu menunjukkan individu terbabit dikuarantin. - Gambar dari Twitter KKM

Menurut beliau, insiden tersebut memaksa empat kakitangan farmasi terbabit menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing sebelum membuat ujian calitan.

“Siasatan mendapati tiga individu terbabit telah melanggar arahan kuarantin yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan sehingga hari ini,” katanya.

Abd Khalid berkata, polis turut mengeluarkan kompaun terhadap farmasi terbabit kerana gagal memastikan hanya pelanggan dengan status risiko rendah dalam MySejahtera dibenarkan masuk ke premis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. - Getaran, 19 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan