web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Isu Tular Lelaki Maki Hamun Peniaga Nasi Lemak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 8:29AM

Lelaki yang berbaju hitam memarahi penjual nasi lemak kerana ditegur tidak memakai pelitup muka. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah menerima laporan susulan video tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki tempatan memaki hamun peniaga nasi lemak dan anak perempuannya serta pelanggan lain di sebuah gerai di Jalan Desa Bakti, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan polis itu daripada anak peniaga gerai makanan terbabit, pada kira-kira 3.40 petang semalam.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 10.30 pagi semalam, semasa kedua-dua anak beranak itu sedang berniaga dan ia sempat dirakam seorang wanita tempatan menggunakan telefon bimbitnya, yang kemudiannya berkongsi dengan pengadu.

“Suspek dalam video ini dilihat memarahi dan memaki hamun ibu pengadu dan seorang pelanggan lain, apabila ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Basri berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 17 Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021, kerana melanggar prosedur operasi standard.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini, kerana dibimbangi akan mewujudkan kegusaran masyarakat dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu atau maklumat lain mengenai jenayah supaya menyalurkannya kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 7 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad