web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berang Gagal Dapat Barangan Berharga, Lelaki Bakar Pejabat Pos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 6:35PM

Pejabat Pos Selandar, mengalami kerosakan selepas kerusi dan meja dibakar seorang lelaki.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang pekerja kilang yang juga pesalah di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dicekup polis selepas disyaki membakar kerusi dan meja milik Pejabat Pos Selandar, Jasin, di sini, malam semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira- kira jam 9.15 malam apabila lelaki itu dikatakan berang selepas gagal menemui sebarang barangan berharga selepas memecah masuk ke premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 43 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan oleh Pengurus Cawangan Pos Malaysia kira- kira jam 11 malam tadi.

Beliau berkata, pengadu melaporkan bahawa premis terbabit dipecah dan mengalami kebakaran, sebelum sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin melancarkan gerakan mengesan suspek.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman.

“Suspek kemudian ditahan di sebuah rumah di Pekan Selandar kira- kira tiga jam selepas kejadian.

“Semasa serbuan, polis turut merampas pakaian serta beberapa peralatan seperti kuku kambing dan pemetik api yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga pekerja kilang kemudian dibawa ke IPD Jasin untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan, suspek mendakwa dia membakar kerusi dan meja kaunter perkhidmatan apabila gagal mendapatkan barangan berharga.

“Hasil ujian saringan awal air kencing turut  mendapati dia positif dadah manakala semakan dilakukan mengesahkan suspek kini sedang dalam tempoh sekatan yang akan berakhir pada September 2022,” katanya.

Mohd Sukri berkata, suspek turut mempunyai 11 rekod lampau iaitu empat berkait dadah dan tujuh membabitkan kes jenayah lain.

“Suspek kini direman empat hari sehingga 22 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun sama,” katanya. - Getaran, 20 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut