web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bimbang Sidang Khas Dewan Rakyat Jadi Sesi Taklimat - Shafie Apdal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 9:02PM

Shafie melawat perkampungan Titingan yang terbakar dua hari lalu dan turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk terlibat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU -  Sidang Khas Dewan Rakyat akhir Julai ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan ia akan diadakan secara taklimat, berbanding sesi sebenar.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia turut bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah yang bersetuju untuk Parlimen bersidang bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan di Dewan Rakyat. 

“Persidangan itu bertujuan membentangkan Rang Undang-Undang Darurat yang telah Baginda perakukan.

“Artikel 150(3) Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan, kita perlu meluluskan Rang Undang-Undang Ordinan, namun ia harus dilaksanakan menerusi perbahasan secara terperinci,” katanya kepada media, di sini.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) berkata, beliau dimaklumkan bahawa pembukaan Parlimen nanti adalah berbentuk taklimat, bukan persidangan seperti yang lazim dilakukan.

"Sebahagian besar yang akan disebut dalam taklimat itu sudah kita dengar di media.

"Kita tidak boleh menjadikan Parlimen sebagai wadah komunikasi sehala atau rubber stamp semata," katanya.

Tambah beliau, persidangan seumpama itu membolehkan semua Ahli Parlimen mengetahui perkembangan ordinan yang pernah diluluskan sebelum ini, termasuk manfaat yang dibawa kepada rakyat dan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Naib Presiden UMNO itu turut menyarankan kerajaan mengambil langkah proaktif dalam menangani pandemik COVID-19 di negara ini.

"Jika kerajaan memanfaatkan hospital swasta serta petugas perubatan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak awal pelaksanaan program imunisasi, saya yakin kita dapat memberikan vaksin kepada orang ramai tanpa berlaku kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

"Jika pembedahan kritikal seperti jantung boleh diagihkan kepada hospital swasta, kenapa tidak mereka juga dibenarkan terlibat dalam proses pemberian vaksin,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) khususnya di kawasan yang berdepan penularan COVID-19.

"Kilang di Lembah Klang yang berlaku jangkitan, tetapi tempat lain yang diarahkan tutup.

"Saya dahulu, apabila berlaku jangkitan COVID-19 di Pulau Gaya (Sabah) saya tutup pulau itu selama dua minggu, salurkan bantuan tanpa menutup kawasan lain seperti Kota Kinabalu, Penampang atau Likas bagi membolehkan aliran ekonomi terus berjalan," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai RM1,000 kepada setiap ketua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Titingan. – Getaran, 21 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad