web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Balai Kaki Parti Positif Ganja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 1:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Balai Polis (OCS) yang ditahan kerana disyaki berhibur di sebuah bilik dalam balai seliaannya digantung tugas buat sementara waktu, selepas ujian saringan air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya masih menunggu laporan lanjut berhubung ujian saringan air kencing terhadap pegawai terbabit.

Beliau berkata, pegawai berpangkat Sub Inspektor itu turut berhadapan tindakan tegas termasuk boleh dibuang kerja jika benar terlibat menggunakan bahan terlarang berkenaan.

“Siasatan berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan berhibur di dalam balai itu disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Justeru, bagi membolehkan siasatan dijalankan tanpa sebarang gangguan, OCS terbabit ditahan tugas untuk sementara waktu,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung penggunaan dadah turut dilaksanakan terhadap pegawai berkenaan berikutan ujian pertama saringan air kencingnya didapati positif.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi jika mana-mana pegawai atau anggota didapati melanggar undang-undang atau SOP ditetapkan kerajaan,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan seorang Ketua Balai Polis bersama tiga anggotanya serta empat wanita ditahan ketika sedang leka berhibur dalam sebuah bilik di balai seliaannya dalam daerah Kajang, petang Selasa.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 petang itu, polis menahan Ketua Balai Polis berpangkat Sub Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita berusia antara 21 hingga 37 tahun. - Getaran, 21 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut