web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 40 Rumah Rosak Akibat Ribut Di 6 Perkampungan Pasir Puteh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 2:51PM

Penduduk kampung membaiki atap yang diterbangkan ribut dalam kejadian berlaku lewat petang semalam di Kampung Nara, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Lebih 40 rumah mengalami kerosakan dengan kebanyakan bumbung zink rumah berkenaan diterbangkan angin dalam kejadian hujan lebat berserta ribut, di enam perkampungan dekat sini, semalam.

Cuaca buruk yang melanda Kampung Nara, Kampung Hutan Jering, Pangkalan, Alor Pasir, Sungai Rasau dan Bukit Gedombak pada pukul 6 petang itu, berlaku dalam tempoh kira-kira lima minit.

Seorang penduduk di Kampung Nara, Siti Mariam Zakaria, 39, berkata ketika kejadian, keempat-empat anaknya, Nor Sazma Erniy Mohd Asri, 19; Mohd Saiful Syamir, 18; Mohd Saful Ikhwan, 16; dan Mohd Afif, 12; terperangkap di dalam rumah.

“Sebelum kejadian saya ke kedai berdekatan untuk membeli barang bagi membuat kuih dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan telefon daripada salah seorang anak yang meminta pulang segera kerana  atap rumah diterbangkan angin,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Bercerita lanjut, Siti Mariam berkata sebaik pulang beliau mendapati kesemua anaknya menggigil ketakutan dan berlindung di sebelah almari yang dipenuhi kitab suci al-Quran.

“Sementara, bilik tidur dan ruang dapur bergenang air akibat ribut dan kesemua barangan elektrik rosak. Kerugian dianggarkan melebihi RM10,000 termasuk garaj kereta di depan rumah turut ranap,” katanya.

Seorang lagi mangsa Siti Minah Mamat, 65, dari Kampung Hutan Jering berkata, beliau bernasib baik kerana sempat melarikan diri ke rumah anaknya yang tinggal berdekatan ketika kejadian yang memusnahkan bumbung bahagian ruang tamu rumahnya.

“Namun saya bersyukur anak bongsu, Mohd Izat Hamzah, 20, yang ketika itu berada di ruang tamu selamat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah  ketika dihubungi berkata beliau akan mengemukakan senarai mangsa kepada pihak kerajaan negeri bagi bantuan membaik pulih rumah yang rosak.

Beliau berkata bantuan segera telahpun disampaikan kepada penduduk yang terjejas bagi meringankan beban mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

4

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Saya Nampak Bumbung Jatuh Timpa Kereta’ - Penduduk Apartment Putra Ria

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut