web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 3 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Jul 2024 8:56PM

Keluasan tanah antara perkara perlu diambil kira - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mana - mana individu yang berhasrat membina kediaman sendiri perlu mempertimbangkan beberapa faktor penting bagi memastikan rumah idaman dapat disiapkan dengan sempurna dan mengelakkan sebarang  insiden tidak diingini, termasuk ditipu pihak berkaitan.

Jrutera bertauliah, Zainuddin Omar menerusi hantaran di Facebook berkata, bajet, keluasan rumah diingini dan keluasan tanah dimiliki adalah antara aspek yang perlu diberi perhatian utama.

Menurut beliau, keluasan minimum tanah lot yang diperlukan bagi tujuan itu ialah 4,000 kaki persegi (50’x80’). 

“Tiada masalah jika anda mempunyai tanah lot keluasan besar tetapi akan memeningkan kepala untuk penyelenggaraan nanti.

“Untuk keluasan rumah yang selesa pula ia mengikut citarasa dan bajet peribadi tetapi untuk keluarga sederhana empat bilik,  satu stor dan tiga tandas adalah memadai dengan saiz antara 1,500 hingga 3,000 kaki persegi,” katanya.

Pembinaan rumah bergantung kepada bajet dimiliki - Gambar Tatler Asia
Pembinaan rumah bergantung kepada bajet dimiliki - Gambar Tatler Asia

Mengulas mengenai bajet pula, Zainuddin berkata, ia terbahagi kepada tiga iaitu bajet kasar yang bergantung kepada kewangan pemilik rumah tersebut.

Namun beliau berpendapat, berdasarkan pengalaman selama 40 tahun sebagai jurutera, bajet yang paling sesuai adalah sebanyak RM150 hingga RM180 setiap kaki persegi (kps) bagi sebuah rumah.

“Ini bermakna untuk rumah saiz 2,000 kps, bajet pembinaan anda ialah RM360,000 (RM180/kps).

“Tapi perlu ingat kemungkinan terdapat peningkatan kos 25 sehingga 50 peratus hingga peratus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada pandemik COVID-19,” katanya.

Zainuddin menambah, individu perlu sentiasa mengambil maklum faktor bajet tidak nampak dan bajet bagi pembinaan rumah yang mungkin terlepas pandang.

Jelasnya, bajet ini biasanya melibatkan pelantikan juruperunding, arkitek, pelukis pelan, kos pemasangan pagar dan kos pembentung.

Zainuddin berkata, pemilik rumah perlu menitikberatkan faktor paling penting iaitu pemilihan arkitek yang betul, kos juruperunding dan pemilihan kontraktor.

Paling penting katanya pemilik rumah wajib menyediakan surat perjanjian dengan kontraktor.

“Semua terma yang dipersetujui mesti ditulis dalam satu surat perjanjian lengkap dengan saksi. 

“Paling penting ialah terma pembayaran mengikut ‘schedule progress’ kerja,” katanya.

Chef Wan - Gambar fail
Chef Wan - Gambar fail

Baru-baru ini, cef selebriti Datuk Redzuan Ismail, 66, atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan dirinya menjadi mangsa penipuan seorang kontraktor yang diberi tanggungjawab melakukan kerja ubah suai kediaman Allahyarham ibunya di Raub, Pahang.

Chef Wan berkata, dia terkejut apabila kerja-kerja pengubahsuaian yang sepatutnya siap Mei lepas terbengkalai begitu sahaja.

Katanya, kontraktor dilantik masih berani meminta wang tambahan untuk tujuan menyiapkan kerja-kerja biarpun beliau sudah membayar 80 peratus kos pengubahsuaian itu. - Getaran, 15 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

4

Semasa 8 bulan yang lalu

7 Rumah Dikosong Akibat Tanah Runtuh - Bomba

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Semasa 4 jam yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Semasa 9 jam yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

Semasa 9 jam yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung