web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Saya Nampak Bumbung Jatuh Timpa Kereta’ - Penduduk Apartment Putra Ria

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2024 8:16AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya enam unit rumah terjejas selepas bumbung tercabut diterbangkan angin manakala enam kereta dan tiga motosikal rosak akbat dihempap kepingan zink daripada bumbung yang jatuh, dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi di Blok 94, Apartment Putra Ria, Bangsar.

Seorang penduduk, M. Santha Kumari, 41, berkata rumahnya di tingkat 20 daripada pangsapuri 22 tingkat itu tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.

"Semasa kejadian, bumbung memang nampak dah jatuh dan saya nampak betul-betul depan mata bumbung itu jatuh timpa kereta adik saya. Angin sangat kuat dan keadaan hujan, rumah saya ramai kanak-kanak manakala adik saya juga baru bersalin, jadi perasaan risau itu memang ada," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Santha Kumari yang terkejut dengan kejadian itu bagaimanapun bersyukur kerana semua penduduk selamat dan hanya melibatkan kerosakan harta benda.

Abu Bakar Hasnah, 43, yang baru sahaja pulang ke rumah ibunya pula terkejut apabila mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat.

"Saya bergegas keluar dari rumah dan melihat bumbung jatuh berterabur ke bawah serta terkena kereta di kawasan parkir bawah blok.

"Isteri saya juga sempat merakam video kejadian," katanya sambil menambah bumbung berkenaan dipercayai mencecah usia 10 hingga 20 tahun sejak bangunan itu didirikan.

Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Lembah Pantai Sub Zon 1 Abdul Haniff Sulaiman berkata terdapat sebuah unit rumah di tingkat 22 yang memerlukan tindakan segera kerana hampir keseluruhan bumbung tercabut.

Beliau berkata kejadian itu merupakan kali pertama berlaku dan hampir kesemua pemilik kenderaan yang terjejas telah membuat laporan kepada pihakya manakala kontraktor bumbung juga telah hadir membuat penilaian bagi tindakan segera.

"Kami juga telah membuat laporan kepada pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan mereka telah hadir pada malam ini... pinak syarikat pengurusan, Intra Harta Consultant San Bhd juga hadir untuk membuat laporan.

"Terdapat juga wakil bagi pihak Ahli Parlimen Lembah Pantai (Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil) yang diarahkan oleh Fahmi untuk membuka bilik gerakan bagi penduduk terkesan membuat segala laporan yang sepatutnya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Kuatnya Angin, Nak Terbang Kita Dibuatnya Wak!

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Kalau Macam Ni, Kereta Pun Boleh Terbang!

3

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Tongkang Pecah Dilanda Ribut

4

Pendidikan 10 bulan yang lalu

RM3 Juta Kos Baik Pulih Bangunan SMK Munshi Abdullah - Ketua Menteri  

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki