web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontroversi Misi Ke Gaza, Ebit Liew Dedah Perkara Sebenar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 4:12PM

Ebit Liew keluar dari IPD Dang Wangi semalam selepas selesai membuat laporan polis. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segala tohmahan yang dilemparkan terhadap penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew akhirnya terungkai selepas beliau menjawab satu persatu dakwaan dibuat dua individu iaitu penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri.

Menjelaskan panjang lebar menerusi siaran langsung di Instagram dan Facebook miliknya, Ustaz Ebit menegaskan bahawa tuduhan yang dibuat terhadapnya sama sekali tidak berasas sehingga mengguris perasaan ahli keluarga, petugas dan dirinya sendiri.

Menurut beliau, tohmahan berkaitan kos perbelanjaan sepanjang misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin adalah tuduhan terbesar yang diterimanya setakat ini.

Katanya, segala kos digunakan adalah daripada miliknya sendiri, kerana beliau tidak mewujudkan tabung sumbangan untuk menggunakan derma orang ramai bagi menjalankan misi kemanusiaan terbabit.

“Saya pergi dengan duit saya sendiri dan tak pernah buka satu tabung pun untuk misi berkenaan.

“Semuanya digunakan hasil titik peluh saya selama ini dan bantuan kewangan daripada rakan-rakan yang enggan mendedahkan identiti mereka, jadi tidak timbul isu menggunakan sumbangan orang ramai sepanjang kami terkandas di Kaherah, Mesir dan Semenanjung Gaza,” katanya hari ini.

Menjawab persoalan kononnya terpaksa membayar ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan kebenaran memasuki negara bergolak itu, Ustaz Ebit berkata, ia adalah satu kenyataan palsu, malah beliau sendiri tidak mengetahui syarikat Hala yang dimaksudkan Nadir.

“Untuk masuk ke Semenanjung Gaza melalui Rafah, dua kebenaran diperlukan iaitu daripada kerajaan Mesir dan tentera.

“Wisma Putra menerusi kedutaan di Mesir telah membantu pasukan kami untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Mesir namun kami terkandas selama 33 hari kerana tidak mendapat kelulusan pihak tentera.

“Bagaimanapun, pada hari yang saya dan pasukan sudah mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air, kami didatangi ejen perisikan tentera Mesir dan diperkenalkan dengan sebuah agensi, Lucky Tour melibatkan kos USD2,500 (RM10,500) untuk seorang.

“Kos itu jauh lebih rendah berbanding caj dikenakan Miles of Smiles yang diperkatakan Nadir Al Nuri,” katanya.

Justeru beliau berkata, tidak timbul isu kaedah baharu berkenaan menimbulkan kesukaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kerana pada hakikatnya ia amat memudahkan.

Katanya lagi, pembelian barangan dibuat di Mesir, berikutan sejumlah besar bekalan perubatan hanya terdapat di negara itu dan Israel.

“Alhamdulillah, semua barangan keperluan yang dibawa dari Mesir sudah pun dihantar masuk ke Semenanjung Gaza pada hari pertama raya Aidiladha.

“Sebahagian besar bantuan itu berupa bantuan kecemasan dan perubatan yang diperlukan penduduk Gaza selepas mengalami peperangan,” katanya.

Terdahulu, Ebit tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 6.16 petang semalam dengan menaiki Toyota Vellfire sambil diiringi tiga pikap untuk membuat laporan polis berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Terdahulu, seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaan oleh Ebit.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di semenanjung wilayah bergolak tersebut. - Getaran, 22 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut