web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memandu Bogel Langgar SJR, Pesakit Mental Mengaku Salah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 8:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang sebelum ini tular kerana memandu dalam keadaan bogel dan melanggar sekatan jalan raya (SJR) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh Chew Chong Teck, 45, mengaku bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan pertama serta kedua, tertuduh didakwa tidak mematuhi arahan pihak polis untuk berhenti di SJR selain melakukan perbuatan khianat terhadap beberapa papan tanda diletak pihak berkuasa.

Untuk pertuduhan ketiga pula, dia didakwa memandu dengan gopoh sehingga membahayakan nyawa orang awam.

Semua kesalahan itu dilakukan ketika melalui SJR Bukit Jong di Batu Rakit, Kuala Nerus sekitar jam 11.30 pagi.

Chong Teck didakwa dibawah Seksyen 26(2) Akta Polis 1967, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 kanun yang sama.

Dia kemudiannya diarahkan oleh mahkamah untuk menjalani ujian psikiatri di Hospital Permai di Tampoi, Johor, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Ogos depan.

Chong Teck ditahan Khamis lalu ketika melarikan diri selepas melanggar 12 lampu isyarat dan tiga SJR ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Adli Mat Daud berkata, Chong Teck yang memandu dalam keadaan bogel turut merempuh sebuah kereta dan dua motosikal.

Menurut beliau, Chong Teck kemudiannya berjaya ditahan kira-kira sejam selepas itu dan semakan rekod mendapati lelaki terbabit menghidap masalah sakit mental iaitu Skizofrenia. - Getaran, 22 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut