web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lambakan Durian Kampung, Pekebun Buntu Kenang Kerugian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 8:31PM

Lambakan durian di dusun milik seorang pekebun di Kampung Lawang, Tanah Merah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Musim durian kembali lagi dan jualan raja buah itu kembali merancakkan suasana, meskipun negara masih dibelenggu ancaman pandemik COVID-19.

Di merata tempat di ibu negara misalnya, gerai jualan tidak putus dikunjungi pelanggan yang tidak kisah melabur wang walaupun harga dikenakan peniaga agak tinggi.

Keadaan berbeza bagaimanapun melanda 2,000 pekebun durian di Tanah Merah dan Jeli di sini, apabila berlaku lambakan durian kampung, menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian.

Jumlah buah yang terlalu banyak menyebabkan paras harga diletakkan pemborong jatuh antara 50 sen sehingga RM1.50 sekilogram.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Lanas-Jedok, Zulkifli Yunus, 62, berkata, kesemua 2,000 pekebun itu menghasilkan 20,000 tan buah pada setiap musim.

Katanya, hasil yang banyak dan pergerakan pekebun yang terbatas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan banyak buah tidak dapat dijual untuk pasaran luar, sehingga mendatangkan kerugian besar.

“Kebiasaannya pekebun boleh bergerak untuk menjual hasil, namun disebabkan PKP, mereka tidak dapat keluar dari kawasan masing-masing. Ia menyebabkan buah tidak dapat dijual dan bagi mengelakkan pembaziran, penduduk terpaksa memprosesnya bagi dijadikan tempoyak atau lempuk.

“Saingan diberikan durian dari Thailand juga menyebabkan paras harga menjunam mendadak, dari RM6 minggu lalu kepada hanya RM1.50 sekilogram,” keluhnya, ketika ditemui Getaran di Kampung Lawang di sini hari ini.

Penurunan paras harga itu jelas beliau, antara lain turut didorong oleh tindakan pembekal yang mengenakan harga rendah, iaitu sekitar RM2 sekilogram.

Pekebun, Makhtar Zakaria, 68.
Pekebun, Makhtar Zakaria, 68.

Seorang pekebun, Makhtar Zakaria, 68, berkata, durian miliknya yang ditanam di atas tanah seluas tiga hektar tidak dapat dijual ekoran pergerakan terhad pemborong.

Katanya, kesemua buah itu lazimnya akan dibeli enam pemborong tetap, namun jumlah berkenaan berkurangan kepada hanya dua, ekoran pelaksanaan PKP.

“Keadaan ini menyebabkan berlaku lambakan buah dan saya terpaksa menjual dengan harga yang murah kepada pemborong kerana mereka tiada persaingan.

“Saya mohon pihak berkenaan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuat tinjauan di kawasan ini untuk mengelakkan penduduk kampung terus mengalami kerugian,” katanya.

Wan Mohd Rosdi Wan Mohamad, 37, pula berkata, dia mengusahakan kebun durian seluas 2.4 hektar dan kebunnya mampu mengeluarkan hasil sebanyak 500 kg sehari, mencakupi buah dari gred A dan B.

Katanya, pemborong memilih untuk hanya membeli buah gred A dan sebagai akibat, durian dari gred lebih rendah terpaksa dijadikan tempoyak atau lempuk.

“Jika pemborong hendak beli, harga durian gred B hanya 50 sen sekilogram.

“Saya jangka harga durian akan terus turun memandangkan kemuncak pengeluaran buah itu akan tiba dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad