web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kempen Bantu Syed Saddiq Berjaya Kumpul Lebih RM700,000 Dalam 24 Jam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 9:38AM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen pendanaan awam (crowdfunding) yang dilancarkan bagi membantu membayar kos guaman serta ikat jamin Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen, berjaya mengumpul sebanyak RM715,573 dalam masa 24 jam.

Syed Saddiq menerusi ciapan di Twitternya berkata, jumlah berkenaan adalah hasil sumbangan 9,936 penyumbang.

''RM715,573.77. 9836 penyumbang. Terima kasih. Terima kasih,'' katanya.

Jelas beliau, dana yang diterima itu sudah lebih daripada mencukupi untuk membayar ikat jamin yang dikenakan ke atasnya iaitu sebanyak RM330,000.

Berikutan itu, Syed Saddiq memaklumkan beliau telah menutup kempen yang dikenali sebagai Saddiq Tetap Lawan.

Syed Saddiq telah didakwa atas dua pertuduhan, masing-masing membabitkan penyelewengan dana parti politik bernilai RM1.2 juta dan penyalahgunaan wang kempen yang diperuntukkan bagi kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang mengaku tidak bersalah diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Datuk Ambiga Sreenevasan.

Hakim Azura Alwi menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes. - Getaran, 24 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad