web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Padah Langgar Polis Di SJR PKPD, 2 Remaja Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 5:13PM

Dua individu menaiki sebuah motosikal yang melanggar sekatan jalan raya di Gong Jering Selising, Pasir Puteh, kelmarin. - Gambar Ihsan pembaca

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tindakan dua individu termasuk seorang wanita yang melanggar anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Gong Jering Selising, Pasir Puteh, kelmarin, membawa padah apabila mereka ditahan polis.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, dua remaja lelaki dan wanita berusia 18 serta 17 tahun tersebut yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda ditahan selepas kejadian.

Insiden rempuhan di SJR tersebut tular di aplikasi WhatsApp dari malam tadi, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dengan jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Azmir Damiri berkata, kejadian tersebut berlaku apabila sebuah motosikal yang datang arah Selising cuba melepasi SJR berkenaan

Menurut beliau, Yamaha Lagenda itu dipandu laju ke arah kawasan PKPD walaupun diarah berhenti untuk pemeriksaan.

“Beberapa minit kemudian, kedua-dua remaja itu kelihatan berpatah balik dan merempuh SJR selain melanggar seorang anggota yang bertugas lokasi.

“Anggota berkenaan mengejar motosikal itu sebelum berjaya menahan dua individu terbabit tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, akibat pelanggaran itu, anggota bertugas cedera di lengan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, siasatan mendapati, dua pesalah itu mendakwa sedang dalam perjalanan dari Kok Lanas ke Melor dengan melalui SJR Gong Jering.

“Mereka juga mengaku tidak berhenti di SJR dan mendakwa melalui SJR kerana tidak menemui jalan menuju ke Melor sebelum berpatah balik untuk keluar dari kawasan PKPD.

“Hasil soal siasat, mereka mengaku tidak mempunyai surat kebenaran rentas daerah manakala motosikal yang ditunggang pula adalah milik bapa remaja lelaki itu,” katanya.

Susulan kejadian, polis turut merampas motosikal dinaiki mereka.

Beliau berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. - Getaran, 25 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut