web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RM1 Juta Bina 45 Tukun Tiruan, Nasib Nelayan Pesisir Dibela

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 5:51PM

Kerajaan negeri Terengganu memperuntukan RM1 juta bagi pembinaan 45 buah tukun rekreasi yang akan dapat memberi manfaat kepada nelayan. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sejumlah RM1 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi membina 45 buah tukun tiruan dalam usaha memperkayakan sumber marin dan membantu nelayan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim menjangkakan, semua kerja melabuh tukun rekreasi itu dapat dimulakan selewat-lewatnya hujung Ogos sehingga awal Oktober,  iaitu sebelum negeri itu dilanda musim tengkujuh.

Menurut beliau, proses melabuhkan kesemua 45 tukun rekreasi tersebut boleh dilakukan pada jarak lima batu nautika dari perairan negeri.

“Tukun ini kita akan tempatkan dari Kemaman sehingga Besut. Ada beberapa lokasi lain yang sudah dikenal pasti, hasil daripada  perbincangan bersama pihak berkepentingan," katanya kepada media di sini.

Tambah beliau Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang mengeluarkan peruntukan sendiri dan ini menunjukkan komitmen mereka dalam membantu golongan nelayan.

Antara lain, program tukun tiruan itu juga bertujuan memainkan peranan sebagai zon pemampan, bagi mencegah aktiviti pukat tunda yang kerap berlaku di kawasan pesisiran pantai.

“Tujuan program ini sebenarnya nak bantu nelayan pesisir, sebab itu kita nak perkayakan sumber perikanan di kawasan terbabit.

“Kalau nelayan laut dalam memang tak ada masalah dari aspek sumber perikanan tapi untuk nelayan persisiran pantai dengan keadaan sekarang yang semakin menghimpit, usaha ini diharapkan dapat membantu,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut