web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pamer Papan Tanda Bukti Lengkap Dos Vaksin Sebelum Beroperasi - Mohd Sharkar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 8:54PM

Mohd Sharkar Shamsudin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semua premis perniagaan mempunyai kaitan dengan sektor pelancongan di Pahang perlu mempamerkan papan tanda khas, sebagai bukti semua operator dan kakitangan mereka sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19, sebelum dibenarkan beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, cadangan meletakkan papan tanda itu adalah bagi memberikan keyakinan kepada pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan ditawarkan premis berkenaan.

"Kerajaan negeri sedang meneliti jenis perniagaan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan sektor pelancongan dan ini termasuklah kedai cenderamata, gerai makan, hotel, motel, pengusaha inap desa serta jenis pelancongan lain.

“Tapi, syarat utamanya ialah mereka (pengusaha premis) memastikan semua kakitangan atau pekerja di premis terbabit sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, sebelum boleh memasang papan tanda itu,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, ia adalah susulan daripada usaha kerajaan Pahang untuk mula membuka sektor pelancongan melalui inisiatif gelembung pelancongan yang diperkenalkan Kementerian Pelancongan dan Budaya (MOTAC) sebelum ini.

Semalam, Mohd Sharkar memaklumkan kerajaan Pahang sedia membuka sektor pelancongan di negeri ini secara berperingkat mulai bulan depan.

Katanya, lebih 80 peratus penduduk serta pemain industri pelancongan di Bukit Fraser, Raub sudah selesai menerima dos kedua vaksin masing-masing, semalam dan Selasa ini pula, proses vaksinasi bagi penduduk di Pulau Tioman, Rompin akan dilaksanakan.

“Macam di Bukit Fraser semalam, proses vaksinasi dipantau Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan ia juga adalah bagi meneliti meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang akan dijadikan rujukan atau panduan sebelum kita membuka sepenuhnya sektor pelancongan di Pahang.

"Bagi penduduk di Pulau Tioman pula, mereka dijadualkan menerima vaksin (dos kedua) bermula 27 Julai ini, maknanya mereka juga boleh membuka (sektor pelancongan) selepas itu, dengan SOP yang akan dimuktamadkan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, kerajaan Persekutuan perlu memastikan proses pembekalan vaksin kepada kerajaan Pahang dapat dilakukan mengikut jadual, bagi membolehkan sasaran imuniti berkelompok seperti ditetapkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dicapai sebelum hujung tahun ini.

"Kita lihat PICK ini sangat penting dalam mempersiapkan semua sektor, terutamanya sektor pelancongan yang terjejas teruk sejak pandemik COVID-19 melanda negara untuk kembali beroperasi.

“Oleh itu, kita ingin pastikan semua pemain industri, operator pelancongan dan pekerja mereka sudah menerima vaksin masing-masing sebelum kita boleh membuka sektor ini kepada pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut