web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


50 Doktor Kontrak Hospital Melaka Sertai Hartal Secara Aman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 3:26PM

Sebahagian daripada doktor kontrak yang menyertai perhimpunan aman. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Hartal Doktor Kontrak di Hospital Melaka berjalan dengan lancar hari ini tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Acara berkenaan, khusus menyatakan solidariti dalam memperjuangkan nasib golongan berkenaan disertai kira-kira 50 doktor kontrak di kawasan tempat letak kereta yang berhadapan lobi utama hospital.

Ia yang dimulakan pada jam 11 pagi itu pada mulanya hanya disertai kira-kira 30 doktor, sebelum bilangan mereka mula bertambah kepada 50 sekitar setengah jam kemudian.

Tinjauan Getaran mendapati, ia berlangsung dengan aman serta mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, selain turut dipantau pasukan keselamatan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka kemudian bersurai tidak lama kemudian, selepas diarahkan berbuat demikian oleh wakil hospital.

Sementara itu, seorang doktor kontrak yang enggan dikenali berkata, dia berharap agar tindakan segera dapat diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu perjawatan itu.

Katanya, mereka hanya mahukan penyelesaian untuk jangka masa panjang supaya dapat diserap ke perjawatan tetap, sekali gus memudahkan laluan untuk bergelar seorang pakar. - Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut