web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hartal Doktor Kontrak Bukan Mahu Lepas Tanggungjawab - Dr Amirah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 9:45PM

20 doktor kontrak dari HSNZ turut menyertai Hartal Doktor Kontrak, yang diadakan pada hari ini di seluruh negara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Hartal Doktor Kontrak yang disertai sekumpulan 20 doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini bukan bermaksud melepaskan tanggungjawab merawat pesakit, sebaliknya hanya meminta ihsan kerajaan untuk memberi secebis keadilan.

Seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Amirah, 29, berkata, protes secara aman itu bermaksud mewujudkan jalan penyelesaian kepada permasalahan perjawatan dihadapi selama ini.

Menurut beliau, ia termasuk memberi sedikit ‘tekanan’ kepada kerajaan agar mempercepatkan proses penyerapan mereka ke perjawatan tetap.

“Kami mahu diberi jawatan tetap bukan ditawarkan kontrak secara terusan,” katanya ketika ditemui di lokasi protes di sini.

Amirah berkata, mereka sedar akan ikrar kedoktoran yang dilafazkan sebaik memulakan tugas dan sama sekali tidak bertujuan mengabaikan tanggungjawab digalas.

“Semua yang terbabit dalam hartal hari ini tetap menjalankan amanah masing-masing malah barisan peserta semuanya terdiri daripada doktor yang sedang bercuti, tamat syif atau sedang berehat,” katanya.

Protes hari ini jelasnya lagi, meski hanya disertai 20 doktor namun mereka percaya, ia menerima sokongan lebih 200 pengamal perubatan kontrak yang bertugas di hospital tersebut.

“Kami positif gerakan ini mendapat sokongan semua doktor kontrak yang ada di HSNZ kerana ia memperjuangkan hak mereka.

“Kami juga tahu mereka mahu turut serta namun tidak dapat berbuat demikian dek kekangan tugas atau terikat dengan komitmen lain,” katanya.

Amirah menarik perhatian, protes berkenaan bukan sekadar menyuarakan bantahan terhadap nasib dialami mereka, tetapi turut berperanan mencari penjelasan Kementerian Kesihatan, berhubung kriteria diperlukan dalam membolehkan golongan doktor terbabit mendapat status pekerja tetap.

Lanjutan tempoh kontrak selama dua tahun lagi bukan jalan penyelesaian dicari, sebaliknya ia secara tidak langsung memanjangkan ketidakpastian mereka.

“Lanjutkan tempoh kontrak atau tidak, ia tidak bermakna apa-apa jika kementerian gagal tampil dengan garis panduan yang jelas berhubung isu berkenaan.

"Kami bukan hanya fikir masa depan kami tapi juga negara. Bagaimana sistem kesihatan negara kita dalam 10 atau 20 tahun akan datang," katanya.

Mengakui tidak gentar berhadapan sebarang risiko, Amirah memberitahu, kontraknya akan ditamatkan Julai tahun depan dan berkemungkinan besar, ia tidak akan disambung lagi.

“Saya dapat merasakan (kontrak) tidak akan disambung dan jika itulah harga yang perlu dibayar, saya akur asalkan ia dapat membantu menyuarakan segala isi hati kepada pihak bertanggungjawab,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad