web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Rakam Keterangan 3 Individu Insiden Helikopter Mendarat Ambil Nasi Ganja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 9:19AM

Tiga individu dipanggil bagi membantu siasatan insiden helikopter mendarat di Padang Ipoh. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis Perak mengambil keterangan beberapa individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk bagi membantu siasatan insiden helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini, untuk mengambil bungkusan nasi ganja pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berpangkat Datuk berumur 52 tahun itu antara tiga individu selain juruterbang, 46, dan lelaki membuat pesanan, 62, yang dirakam percakapan oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor semalam.

“Ketiga-tiga percakapan saksi telah dirakam hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata hanya tiga individu itu sahaja yang dirakam percakapan semalam, termasuk Datuk berkenaan yang menaiki helikopter pada hari kejadian, namun beliau enggan mendedahkan butiran peribadi kesemua mereka.

Isu berkenaan tular dalam media sosial apabila sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh dipercayai untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah pelanggan dari ibu negara di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

Siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 atau Akta 342 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah serta negeri.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan pada Sabtu lepas memaklumkan helikopter Bell 505 dikendalikan oleh Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Ipoh pada 9.08 pagi sebelum kembali ke Subang pada 11:02 pagi, seperti difailkan dalam pelan penerbangan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut