web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Doktor Kontrak Seperti Sut PPE Pakai Buang - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 3:31PM

Dr. Dzulkefly meminta supaya tuntutan doktor kontrak diberikan perhatian, antaranya proses pelantikan mereka dibuat secara telus dan adil berdasarkan merit. Jangan jadikan mereka umpama peralatan PPE. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangan jadikan doktor kontrak umpama peralatan perlindungan diri (PPE) untuk dipakai, dan dibuang sebaik digunakan, kata bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly (Kuala Selangor-PH) juga merayu supaya kerajaan dan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap hartal doktor kontrak yang dijalankan semalam, sebaliknya berusaha memenuhi tuntutan mereka.

“Jangan jadikan mereka ketika wabak COVID-19 ini umpama PPE, dibuang selepas dipakai. Kita konsisten perjuangkan hak mereka, kita mahu tindakan dari menteri (untuk menyelesaikan) isu ini,” katanya ketika sesi khas Dewan Rakyat, hari ini.

Dzulkefly berkata, isu berkaitan petugas kontrak Kementerian Kesihatan diberi perhatian yang amat serius ketika beliau menyandang jawatan Menteri Kesihatan.

“Pada tahap awal, kami berjaya mendapatkan satu kedudukan baik apabila pekerja kontrak dinaikkan daripada gred UD41 kepada Gred UD43.

“Kerana itu saya tegaskan, tuntutan oleh doktor hartal ini perlu diberi perhatian, antaranya proses pelantikan mereka dibuat secara telus, adil berdasarkan merit, serta diberi layanan adil dan saksama,” katanya.

Semalam, sekumpulan doktor kontrak di beberapa hospital utama berdemonstrasi secara aman sebagai sebahagian daripada gerakan Hartal Doktor Kontrak.

Demonstrasi bermula pada jam 11 pagi itu antara lainnya menuntut laluan kerjaya yang adil dan faedah sama seperti doktor berjawatan tetap.

Gerakan berkenaan sebelum ini menyifatkan tawaran pelanjutan kontrak yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘gula-gula’ untuk menutup mulut.

Jumaat lalu, Muhyiddin mengumumkan semua pegawai perubatan, pegawai pergigian, dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan

lanjutan tempoh selama dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran. – Getaran, 27 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad