web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usul Rujuk Takiyuddin Ke Jawatankuasa Hak, Sidang Dewan 'Panas'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 11:30AM

Sidang khas Dewan Rakyat - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi ini sedikit panas apabila beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang menggesa supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Gesaan itu dikemukakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin selepas Takiyuddin didakwa mengelirukan dewan berhubung pemansuhan Ordinan Darurat.

Kedua-dua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) itu, sudah memfailkan usul terbabit mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12).

Gobind berkata, usul tersebut bertitik tolak kepada apa yang berlaku dalam dewan dua hari lalu.

“Saya minta satu petua bagaimana keputusan akan dibuat dan sekiranya kita akan dibenarkan untuk membahas isu itu," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata usul itu masih belum diterima setakat ini, sehingga dilihat mengundang rasa tidak puas hati Gobind yang mengatakan beliau sudah pun memfailkan usul itu pagi tadi dan mendapat pengesahan mengenainya.

“Saya sudah ada pengesahan, diakui terima, jadi bukan keadaan tidak diterima, memang ada diterima, saya sendiri yang pergi failkan tadi dan saya ada jumpa tuan speaker semasa itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamed Hanipa berkata, beliau memohon supaya satu penggantungan di bawah Peraturan 90 dilaksanakan supaya usul itu ditentukan dewan.

“Buat satu pengundian untuk kita bahas dan kita biarkan dewan ini yang menentukan sama ada usul kita diterima atau tidak.

“Bukan ditentukan speaker sebab akan ada isu pilih kasih dan sebagainya,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut