web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kertas Siasatan Dibuka Berhubung Isu Hartal Doktor Kontrak - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 3:48PM

Doktor yang menyertai demonstrasi Hartal Doktor Kontrak menuntut penjawatan tetap, di PKRC MAEPS pada 26 Julai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia tidak membuka apa-apa kertas siasatan berhubung petugas kesihatan yang menyertai perhimpunan Hartal Doktor Kontrak di sekitar ibu negara dan Selangor pada Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata tiada petugas kesihatan yang disiasat kerana menyertai perhimpunan yang diadakan di beberapa hospital termasuk Hospital Kuala Lumpur itu.

“Setakat ini, tidak ada siasatan dibuat,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata tiada kertas siasatan dibuka di negeri itu berhubung perhimpunan berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata polis hanya mengambil keterangan petugas kesihatan berhubung pencerobohan pengamal media di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRCB) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang susulan laporan yang diterima mengenainya.

Arjunaidi berkata siasatan sedang dibuat termasuk mengenal pasti mereka yang memasuki PKRCB MAEPS tanpa kebenaran pihak berkaitan.

Menjelaskan perkara berkenaan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehawan Mohamed berkata dewan di MAEPS itu diwartakan sebagai PKRCB yang melarang orang luar memasuki kawasan itu tanpa kebenaran.

“Seorang daripada media berkenaan telah membuat (liputan) secara live semasa berada di dalam dewan itu.

“Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan seramai 17 petugas kesihatan yang terdiri daripada doktor dan jururawat yang bertugas semasa kejadian untuk membantu siasatan bagi mendapatkan pengesahan mengenai kehadiran media di dalam dewan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan.

Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan membuat rakaman secara langsung di dalam kawasan yang dilarang sehingga memaparkan pesakit sedang menerima rawatan.

Pada Isnin, polis menerima laporan berhubung enam pengamal media daripada pelbagai agensi yang didakwa menceroboh PKRCB MAEPS. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad