web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Individu Gagal Cabar Keputusan Kabinet Tun M Lanjutkan Lesen Lynas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 6:52PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga individu hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk mencabar keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas anggota Kabinetnya melanjutkan lesen kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd, selama enam bulan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet serta dua penduduk Kuantan, Ismail Abu Bakar dan G Ponusamy selaku pemohon, terhadap Dr Mahathir serta 27 menteri Kabinet ketika itu, Kerajaan Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Lynas selaku responden pertama sehingga ke-31.

Peguam Dinesh Athinarayanan, yang mewakili ketiga-tiga individu, ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkata mahkamah turut mengarahkan kesemua pemohon membayar kos berjumlah RM20,000 kepada responden pertama hingga responden ke-30 dan RM20,000 lagi kepada Lynas, selaku responden ke-31.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, yang mewakili Dr Mahathir, 27 menteri Kabinet, kerajaan dan AELB turut mengesahkan keputusan mahkamah hari ini yang diperoleh menerusi e-mel. 

Lynas diwakili peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Datuk Sunil Abraham.

Pada 8 Januari 2020, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada tiga individu terbabit untuk memulakan prosiding semakan kehakiman itu.

Antara lain, mereka memohon satu deklarasi untuk membatalkan keputusan Dr Mahathir dan 27 menteri Kabinetnya pada 15 Ogos 2019 yang membenarkan operasi Lynas dilanjutkan selama enam bulan.

Bun Teet turut memfailkan bantahan terhadap penaksiran kesan persekitaran (EIA) dengan menunjukkan bahawa berlaku pelanggaran syarat lesen dan pencemaran air bawah tanah seperti dalam laporan Jawatankuasa Penilaian Eksekutif (ERC). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut