web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Akan Panggil 6 Petugas Media Didakwa Ceroboh Masuk PKRCB MAEPS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 7:00PM

Arjunaidi menegaskan pihak polis merakam keterangan hingga awal pagi buat keselesaan petugas kesihatan di MAEPS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis akan memanggil dalam masa terdekat enam petugas media, yang didakwa menceroboh Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRCB) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Isnin lalu, dan membuat liputan berita tanpa mendapat kebenaran pihak pengurusan.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, PKRCB MAEPS merupakan kawasan larangan dan diwartakan sebagai tempat kuarantin dan rawatan penyakit berjangkit pada 6 Disember tahun lepas, dan susulan insiden tersebut pihak pengurusan pusat berkenaan telah membuat laporan polis pada 4 petang semalam.

“Berdasarkan laporan polis yang dibuat, wartawan berkenaan telah pergi ke Zon Kuning yang berada di sebelah kawasan kuarantin pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat. Kalau saya pergi ke MAEPS sendiri pun saya kena minta kebenaran untuk masuk ke pusat tersebut, inikan pula wartawan atau sesiapa sahaja,” katanya.

Arjunaidi berkata tindakan petugas media masuk ke pusat itu dengan yang hanya memakai pelitup muka dan pelindung muka tanpa sebarang peralatan perlindungan diri (PPE), bukan hanya membahayakan diri mereka malah berkemungkinan akan membawa virus itu keluar dari pusat tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti kesemua enam petugas media daripada pelbagai agensi terbabit, dan kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan juga akan dibuat untuk mengetahui bagaimana kesemua mereka itu boleh masuk secara serentak ke pusat itu.

“Pihak polis hanya mengawal kawalan keselamatan di luar pusat itu, di dalam pusat itu kita tak masuk... itu sebab kita nak siasat siapa yang bawa masuk dan bagaimana mereka masuk,” katanya.

Pada masa yang sama, Arjunaidi turut menegaskan tindakan polis merakam keterangan 17 doktor di pusat itu, adalah untuk membantu siasatan kes pencerobohan tersebut dan bukannya mengenai hartal doktor kontrak.

“Jadi isu kenapa kita rakam percakapan mereka sehingga jam 3 pagi, ini kerana doktor-doktor itu mula bertugas dari 8 malam hingga 8 pagi, kalau kita nak rakam percakapan mereka pada siang hari iaitu selepas 8 pagi tadi, sudah tentu mereka sudah letih.

“Kita pun ada hati perut, jadi kita rakam percakapan mereka secara bergilir-gilir sehingga selesai dengan kebenaran pihak pengurusan MAEPS,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut