web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, 30 Ahli Berdaftar ANGKASA Tanggung Masalah Operasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 9:14AM

Abdul Fattah Abdullah menunjukkan sumbangan yang diberikan oleh ANGKASA kepada petugas barisan hadapan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sekurang-kurangnya 30 daripada kira-kira 7,000 koperasi berdaftar dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berdepan masalah dari segi pengoperasian sejak tahun lalu.

Walaupun kebanyakan koperasi itu masih tidak berdepan risiko gulung tikar seperti pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang lain, namun bebanan ditanggung membabitkan kos dan penyewaan premis memberi kesan terhadap sektor perniagaan masing-masing.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, antara sektor koperasi paling terjejas adalah operator pelancongan serta perkhidmatan seperti pusat kecantikan dan perhotelan.

“Ada ahli kita (ANGKASA) dalam sektor ini yang memang tidak dibenarkan beroperasi sejak COVID-19 dan kemudian berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

“Kos operasi masih perlu ditanggung walaupun mereka tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP dan kita sudah melalui beberapa jenis PKP sejak tahun lalu, jadi saya fikir mereka tidak boleh bertahan jika keadaan ini berterusan.

“Pengumuman Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengenai tambahan dana melalui Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) hujung minggu lalu agak melegakan dan saya harap syaratnya lebih fleksibel atau tidaklah terlalu ketat hingga menyukarkan proses permohonan dan kelulusan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Ahad lalu mengumumkan kementerian itu melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan RM230 juta bagi memperkenalkan produk baharu pembiayaan untuk koperasi seluruh negara.

Dana tambahan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada 14,629 koperasi yang mempunyai keahlian kira-kira 6.5 juta.

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Fattah meminta semua koperasi yang berdepan masalah merebut peluang pembiayaan ditawarkan MEDAC bagi memastikan kelangsungan operasi mereka dan dapat kekal bertahan sehingga pandemik ini berakhir.

“Kita memang tidak dapat jangka bila masalah ini (COVID-19) boleh selesai dan kes harian sekarang pun masih lagi tinggi, ada kalanya mencecah 17,000 kes positif (sehari), jadi bantuan dalam bentuk dana pusingan sangat penting untuk membantu sektor koperasi yang berdepan masalah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihak ANGKASA sudah membelanjakan kira-kira RM3.5 juta melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu petugas barisan hadapan.

Katanya, sumbangan itu disalurkan melalui Coopcare ANGKASA yang diberi tanggungjawab menyelaras program CSR dan antara sumbangan diagihkan ialah set pakaian pelindung diri (PPE) serta pelitup muka. – Getaran, 29 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut