web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Proklamasi Darurat Di Sarawak Elak Penularan COVID Lebih Serius - Pejabat PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 12:26PM

Pilihan raya negeri Sarawak perlu ditangguhkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 menjadi lebih serius. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proklamasi Darurat bagi seluruh Sarawak yang berkuat kuasa mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan perlu diisytiharkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) bagi mengelak penularan COVID-19 menjadi lebih serius.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan dengan Proklamasi Darurat itu, PRN Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal.

Menurut kenyataan itu, jemaah menteri dalam mesyuarat pada 21 Julai lepas bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh Sarawak setelah darurat yang berkuat kuasa sekarang berakhir pada 1 Ogos ini. 

"Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Kerajaan Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak yang akan mula berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Feb 2022," demikian menurut kenyataan itu hari ini. 

Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan berkenaan proklamasi itu bertarikh 30 Julai, Al-Sultan Abdullah berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 yang sedang berlaku telah menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut