web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Dijangka Capai Imuniti Kelompok Kurang Dari Sebulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 8:25AM

Amirudin Shari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor dijangka mencapai imuniti kelompok dalam masa kurang dari sebulan susulan kerjasama bersepadu antara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan Program Vaksin Selangor (SelVAX) di bawah kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan berkata setakat semalam, 65.5 peratus daripada orang dewasa di Selangor telah menerima suntikan dos pertama mereka.

“Berasaskan kapasiti setakat ini, kerajaan negeri yakin kerjasama bersepadu antara PICK serta tambahan program SelVAX dapat membawa warga Selangor mencapai imuniti kelompok dalam masa kurang dari sebulan. Sasaran imuniti kelompok dijangka dicapai apabila 80 peratus daripada populasi dewasa divaksin.

“Justeru, program percuma SelVAX Komuniti yang sedang berlangsung saat ini akan diteruskan hingga 11 Ogos depan sebagai satu daripada strategi kerajaan negeri untuk menampung serta mempercepat pelaksanaan PICK,” katanya.

Amirudin berkata selain daripada janji temu yang diterima daripada MySejahtera dan SELangkah, pelaksanaan secara ‘walk-in’ turut dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu bagi mempermudahkan proses vaksinasi.

“Pelaksanaan vaksinasi secara ‘walk-in’ berkuat kuasa 2 Ogos depan, tertakluk kepada jadual pelaksanaan di DUN melibatkan 12 pusat pemberian vaksin (PPV) yang mana setiap satunya akan diperuntukkan sebanyak 1,300 suntikan sehari.

“Diharap usaha ini akan memperlengkapkan Operasi Lonjakan Kapasiti yang sedang digerakkan di Greater Klang Valley,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut