web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Rakam Keterangan Penganjur Durian Percuma

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 1:06PM

Kelihatan orang ramai berkumpul untuk mengambil durian percuma di bawah jejambat Jalan Temenggong, Jalan Sekolah, Parit Buntar. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Seorang lelaki yang mengedarkan buah durian secara percuma dua hari lalu (Jumaat) di Jalan Temenggong, Parit Buntar, telah dipanggil memberikan kenyataan bagi membantu siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata lelaki berumur 39 tahun itu telah memberi keterangan di Balai Polis Parit Buntar semalam selain mengakui bertanggungjawab kerana tidak dapat mengawal orang ramai yang hadir pada hari kejadian.

“Kertas siasatan sudah siap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kami tunggu keputusan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang  mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa.

Pada Jumaat tular dalam media sosial gambar dan video orang ramai yang berpusu-pusu beratur tanpa mematuhi penjarakan fizikal ketika mahu mendapatkan buah durian yang diedarkan secara percuma oleh sebuah syarikat di bawah jejambat Jalan Temenggong, Parit Buntar.

Difahamkan penganjur telah menyediakan empat tan durian percuma dari Batu Kurau untuk diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan SOP Khas Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Cegah COVID-19 Ketika Aidilfitri: Patuhi SOP, Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Sunat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut