web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan SOP Khas Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 9:32PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas kepada orang ramai bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ini kerana kes jangkitan virus itu di negara ini dilihat masih dalam keadaan terkawal.

"Memang betul kes COVID-19 meningkat, tetapi ia masih dalam keadaan terkawal. 

"Kita tidak perlu panik, walaupun ada peningkatan, kita lihat seperti subvarian Omicron, mungkin ia mudah berjangkit tetapi kes itu (tahap) keterukan adalah sangat rendah," katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Dr Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya kerajaan bercadang untuk membuat sebarang SOP khas sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun, beliau berkata orang ramai terutama yang mempunyai gejala adalah digalakkan untuk memakai pelitup muka.

Sementara itu, mengenai pelantikan Ketua Pengarah baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib esok, beliau berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Bagi menjawab siapa pengganti Tan Sri Dr Noor Hisham saya minta bersabar. Sudah ada nama-nama yang berpotensi untuk menggantikan beliau, dalam masa terdekat saya akan umumkan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah