web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Terengganu Diramal Meningkat 2 Minggu Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 1:17PM

Petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap seorang kanak-kanak susulan terdapat kes jangkitan COVID-19 di Kampung Teluk Menara, Manir. - Gambar Bernama


Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri menjangkakan jumlah kes harian COVID-19 terus meningkat dalam tempoh dua minggu akan datang berikutan pelaksanaan saringan kontak rapat dan lokaliti berisiko.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan wabak yang akan dilaksanakan kerajaan negeri, selepas Terengganu mencatatkan kes harian tertinggi semalam iaitu sebanyak 833.

“Kerajaan negeri melalui Pejabat Kesihatan bersama polis mengambil langkah seperti meningkatkan aktiviti kawalan dengan membuat saringan kontak rapat dan aktiviti di lokaliti berisiko yang sudah dikenal pasti,” katanya menerusi rakaman di laman Facebook.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga akan bertindak mempercepatkan proses vaksinasi di tempat kritikal atau kawasan yang mencatatkan peningkatan bilangan kes positif COVID-19.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan memohon pertambahan vaksin COVID-19 terutama di daerah Kemaman dan Dungun yang kini bertukar menjadi kawasan merah.

“Saya dengan rendah diri berpesan kepada seluruh rakyat Terengganu supaya jangan panik dan kekal bertenang, patuh prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan kawalan kendiri walaupun Terengganu kini berada di fasa kedua Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan peningkatan jumlah kes harian COVID-19 iaitu yang tertinggi sejak negeri itu dilanda pandemik berkenaan.

Katanya, peningkatan kes bergejala itu berlaku disebabkan penularan cepat dalam komuniti dan aktiviti perayaan Aidil Adha di Terengganu.

“Berlaku peningkatan kes aktiviti  semasa perayaan Aidil Adha yang tidak mengikut SOP dan majlis keraian yang dijalankan secara sembunyi oleh masyarakat.

“Ini termasuk aktiviti daerah dan rentas negeri hingga mencetuskan kluster antara mereka” katanya. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad