web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


21 Lokaliti Di Terengganu Dikenakan PKPD - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 6:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 lokaliti di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi di Besut; sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun dan 11 lokaliti di Mukim Sura.

“Sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun ialah Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

“Sebelas lokaliti di Mukim Sura adalah Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang,”  katanya dalam satu kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Selain itu, Kampung Tagibang, Kota Marudu dan Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Beluran di Sabah turut dikenakan PKPD mulai 3 Ogos hingga 16 Ogos ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata PKPD di Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau di Pasir Puteh, Kelantan serta empat lokaliti di Sabah yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan sehingga 16 Ogos.

Katanya empat lokaliti berkenaan adalah Ladang Agathis, Kalabakan; Kampung Nosoob, Penampang;  Kampung Gusung, Likas dan Kampung Bakalau, Beaufort, Sabah.

Sementara itu, beberapa PKPD di Perak, Sabah dan Pahang ditamatkan esok mengikut jadual.

Ia melibatkan 10 lokaliti di Mukim Batang Padang, Perak iaitu Taman Tapah/Taman Bunga Raya/ Kampung Datuk, Taman Sri Tapah, Kampung Baru Kampung Pahang, Kampung Tanah Mas, Taman Sri Damai 1 dan Taman Sri Damai 2, Taman Sri Asoka, Kampung Batu 5 Tapah Road, Kampung Batu Melintang,  Taman Tapah 2, Kampung Baru Pekan Getah 

Penamatan itu turut melibatkan Taman Awam 3 Bidor/Taman Permata Bidor; Taman Sri Bidor; Taman Bidor Jaya/Kampung Cegar Tambahan/Kampung Cegar; Kampung Batu 19 ½; Kampung Batu 20 dan  Taman Melor Fasa 1, Perak.

“PKPD juga ditamatkan di Kampung Serudung Baru, Tawau; Taman Teluk Likas; Taman Kurnia Jaya;  Kuarters Kilang Permai Kaya, Kota Kinabalu; Kampung Long Kiangan;  Kampung Ranau-ranau; Kampung Solob;  Kampung Tunas Baru, Sipitang.

“(Penamatan itu) Turut melibatkan Kampung Muhibbah, Beaufort; Kampung Dandulit Matunggong, Kudat, Sabah dan  Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, Pahang,” katanya.

Mengenai operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semalam, Hishammuddin berkata 59 premis diarahkan tutup serta merta ekoran kegagalan mematuhi SOP.

Sementara itu, seramai  207 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 28 lagi direman manakala bagi Op Benteng, dua pendatang tanpa izin ditahan serta lima kenderaan darat dirampas, semalam

Beliau berkata sebanyak 890 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksanakan di seluruh negara, semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 19 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad